14 Balas

Betul ke lepas bersalin tak boleh makan pulut selama setahun?

Selamat petang puan :) Menarik soalan ni sebab ni memang kepercayaan masyarakat kita Untuk makluman puan, pulut ini adalah makanan tinggi kanji. Dan cara penyediaan/ masak pulut (gelatinisation) pun memberi kesan kepada proses mencernakan kanji ini didalam sistem pencernaan (usus) kita dimana proses mencernakan (yang dikenali sebagai fermentasi ) kanji ini akan menghasilkan byproduct gas. Jadi gas ini lah yang akan menyebabkan kita rasa kembung perut, dan tak selesa. Proses ini berbeza mengikut tahap kesihatan individu jadi kesannya pun berbeza. Puan boleh enjoy je sebenarnya makan pulut asalkan puan jaga portion pengambilan. #sukusukuseparuh

Masa berpantang, saya boleh makan makanan laut tak?

Hi puan ❤️ Boleh puan. Makanan laut ialah sumber protein berasaskan haiwan yang baik untuk proses pemulihan badan selepas melahirkan bayi. Cuma puan perlu pastikan puan tiada sebarang allergic terhadap makanan laut, perlu dimasak sepenuhnya bagi memastikan bakteria mati dan menjaga keselamatan makanan.

nak tengok di mana?

VIP Member

👌🏽

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan