Newbornnnnn

hi ibu ibu! nak tanya. untuk baju newborn seeloknya beli yang macam mana ye? kalau beli romper & shirt sekali dengan seluar tu okay tak? & kalau siang hari pakai baju apa? shirt lengan pendek dengan seluar ke? or baju shirt yang lubang2 tu? maaf saya kurang tahu. first time nak jadi ibu 🤭 #firstmom

20 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya rasa utk newborn paling penting baju/romper kena ada butang/jenis ikat tali kat depan. Senang nak tukar baju. Kena beli semua jenis tapi kuantiti boleh lain2. Utk waktu siang tak guna aircond, baju berlubang lebih sesuai. Kalau malam/ hujan dan sejuk sikit, saya bagi baju lengan pendek dan seluar panjang. Anak saya jenis tak suka guna selimut. Kalau keluar rumah pegi tempat aircond mcm shopping mall, baju lengan panjang dan seluar panjang lebih sesuai. Romper sesuai utk masa vaccination, tak payah tanggal seluar utk cucuk kat peha. Kalau pegi outdoor macam taman, baju lengan pendek dan seluar pendek (tidak berlubang) + sapu Mozzie Clear Lotion kat kaki dan tangan + lekat mozzie patch kat baju dan seluar. Baju dan seluar baby biasa kena tukar kerap, sebab muntah/ pampers leaking. Saya tak beli yg mahal/branded, asalkan kain lembut. Anak saya pakai baju saiz newborn 0-3m utk bulan pertama saja. Masuk bulan kedua, dah 4kg dan boleh pakai saiz 3-6m. Sama mcm pampers jugak.

Baca lagi

Untuk baju newborn, seeloknya ibu beli yang jenis yang selesa dan mudah untuk dipakai. Romper dan shirt sekali dengan seluar adalah pilihan yang baik kerana ia memudahkan ibu untuk menukar pakaian bayi dengan cepat. Selain itu, pilihlah fabrik yang lembut dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan reaksi alergi pada kulit bayi. Untuk siang hari, adalah lebih baik jika memilih baju shirt lengan pendek bersama dengan seluar. Ini kerana kulit bayi perlu dilindungi daripada sinaran matahari langsung. Namun, jika cuaca terlalu panas, ibu boleh memilih baju yang berbahan nipis dengan lubang-lubang untuk memberikan sirkulasi udara yang baik. Jangan risau, sebagai ibu baru, kita semua pernah mengalami ketidakpastian. Anda sedang belajar dan itulah perkara yang paling penting. Jika ada apa-apa soalan lain, jangan segan untuk bertanya di sini. Semoga pengalaman menjadi ibu yang pertama kali akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan buat anda! ❤️ #firstmom https://invl.io/cll6sd8

Baca lagi

kalau ikut situation& pengalaman saya sendiri, kalau boleh everything saya nak pakai romper dengan baju eyelet tu.. romper senang nak pulak newborn kita nak kena jaga kebersihan dia tiap 2 jam or kurang nak kena tukar pampers dia, kalau pakai seluar leceh badan dorang pun still lembik.. saya suka romper yg boleh butang depan so senang nak pakai senang nak tukar pampers, banyakkan baju yg nipis nipis je sebab negara kita panas& baby suka suhu sejuk.. let’s say kalau pakai air cond pun boleh bedung je atau pakai baju sleeping bag.. mitten& booties kalau boleh jangan beli banyak beli 4 - 6 pasang gitu pun dah cukup, ikut orang macam saya anak 2 bulan saya dah tak pakai mitten kecuali booties, lagi elok beli yg kosong je jangan ada corak so senang nak matching sedap mata memandang.. baby ni mittens 2m dah tak perlu pakai dah kalau booties pakai lama sikit up to 4m tapi nak lawa pakai socks..

Baca lagi

pengalaman sy masa 1st baby, sy beli semua jenis baju sbb excited kan first time. tapi hujungnya masa newborn lebih suka pakai yg pants and shirt sampai tali pusat ttanggal. bila baby dah start active, pakai romper senang. tapi ada org rasa senang pakaikan 2 piece. so depends juga. kalau rumah pakai aircond, xyah baju lubang2 pun xpa. kalau panas, boleh la pakai lubang2. sbb newborn masih selalu dibedung. then kalau slalu cuci xyah beli byk sgt baju newborn sbb kejap sgt pakai. tup tup dah xmuat. sy pun dulu byk je baju yg x pakai lagi. nak pakaikan, dah x muat 🤣

Baca lagi

hi, kalau newborn ya? newborn ni cepat sejuk sbb x byk lemak badan lg. prepare beli lah juga baju tutup penuh mcm romper skali tutup kaki senang xyah pakai dah sarung kaki. Cari yg material sejuk fully cotton. Betul skung musim panas jd xperlu la bli byk sgt baju tutup penuh ni. 2,3 helai ckup nanti cepat dia membesar. Bila dia membesar makin lama dia boleh adapt dgn suhu sejuk. Dia akan kuat berpeluh pulak nanti. Pengalaman sy la. 2x bersalin baby prem mereka x tahan sejuk nak2 dlm wad atau ke KK. Atau sarungkan aje dgn bedung kalau dia sejuk.

Baca lagi

Sy beli je semua jenis baju mana2 yg sy rasa cantik.. romper sy prefer yg button rather than masuk sekali semua dari atas, sng pkaikn utk newborn Utk pkai bju apa tu depends dgn keadaan, klu masa pagi tu sejuk sy pakaikn yg lengan panjang dan sebaliknya la..klu musim pns, yg berlubang2 tu sesuai pkai.. ikut kesesuaian cuaca Socks, mitten & topi xyah beli byk sgt. Kjp je guna. Especially mittens tu after 1 month klu sy mmg lngsng x pkai dh, socks pn kdg2 je klu sejuk. Sy beli 8-10pcs je

Baca lagi

personally utk nb bg sy susah kalau pakai romper & anak beranak dia. nak pakaikan tu susah jgk kecuali yg full buttons kan baby lembik. dpt baby berat jenuhh. pastu nak tukar pampers yg berkalikalikali sehari tu pun susah jgk. bg sy, senang asing, senang baju berbutang @ bertali yg kita blh hampar je kat changing mat tu. siap mandi lap2 terus baringkan baby atas pakaian pampers yg dah siap hampar. takde angkat letak angkat letak

Baca lagi

dulu masa i new mom tak pernah org suggest kat i beli yg berzip. bila ank nom 2 i pndai pilih dah sampai ank nom 4. to me yg berzip plg live saver . senang nak pakai buka and nak saling pampers pun senang beli yg 2 way zip lagi function 😁😁😁trust me nb u takan sarung pun seluar2 tu nanti. pastu kalau i tak berkenan sgt beli yg lubang2 tu sebab mostly jenis tu semua berbutton . i lebih prefer romper sleeveless kalau siang .

Baca lagi
3w ago

betul. tambah lagi yg ada cover tgn and kaki utk newborn. xyah pening hilang mana mittens and booties 😂.

for me, depend tmpat berpantang nnt kat mana. kalau kat kampung which is siang panas terik, mlm sejuk so siang pakaikan baju lobang2 ataupun rompers singlet tu. malam boleh je pakaikan yg selesa depend cuaca. kekdg ada tempat yg panas sgt, baby tak pakaikan pun baju just barut. nnt baby beralih bulan boleh dh beli baju yg selesa, okay.

Baca lagi

cari yang sejuk dan mudah pakaikan. nanti ada hari kena bawa baby checkup. masa tu semua benda kena buka. kalau yang senang, senang la. kalau susah, susah la. beli sikit dulu. nanti dah dapat rentak untuk manage, baru tambah sikit². lama² melimpah almari hehe