Demam campak selepas hfmd?

Hi ibu ibu, nak tanya, pernah tak anak kena hfmd lepas tu naik balik bintik merah selepas sembuh seminggu? Anak saya kena hfmd 8/9 dah kuarantin selepas 10 hari elok, ulser hilang, bintik pun xde. Tapi semalam 24/9 demam sehari je 38°, naik bintik merah mcm ni, satu badan mula dari kaki, takde demam dah, takde ulser. Doktor pun confuse sbb kebarangkalian utk kena hfmd kali kedua sgt singkat waktunya. Mungkin ke campak? Anak aktif je mcm biasa.

Demam campak selepas hfmd?
1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

anak saya pernah kena mcm ni. sebelum tu dia demam. lepas makan ubat etc. demam dia pun sembuh. badan elok xde panas apa. tapi saya perasan ada naik mcm biji2 kat badan dia. mcm bintik2 merah, kecil2. saya tanya balik doktor. kata doktor, ini normal. biasanya budak2 kalau lepas baik demam sometimes ada yg akan naik bintik2 mcm ni. sbb badan dia nak makin pulih. so xperlu buat apa2. nanti akan hilang. lagipun dia xde gatal ke apa. itu kes anak saya dulu lah. saya tatau la anak sis ada gatal ke x.

Baca lagi
2y ago

Anak saya ada certain tempat je gatal, tapi tak kerap. Bintik satu badan, mcm merah alergi pun ada. risau juga sbb bintik satu badan, tapi alhamdulillah harini dah berkurang sikit.. Terima kasih sis sbb berkongsi 😁