Hamil semula lepas keguguran
Hye semua, apa ibu2 buat untuk positif kan semula diri bila hamil semula selepas keguguran? Sy gugur bulan 7 pada 6 minggu dan sekarang hamil semula 5 minggu. Sentiasa rasa takut. #firstbaby #1stimemom #advicepls

alhamdulillah sis, tahniah, buang perasaan takut, dan rasa yakin, syukur Pada Allah Swt kerana telah memberi rezeki pada sis secepat ini. saya pun ada pengalaman anak yg pertama gugur 2005 dan selepas 6 thn 2010 saya mengandung yg ke2 dan bersalin tepat pada hari anniversary..dan yang ketiga saya keguguran bln 5 2020 hari tu, tp saya tk tau pun pregnant sbb tkda tanda2 mabuk, dan saya still period mcm biasa.. bila nk raya tu perut sakit memulas2, dan saya ingat senggugut...rupanya saya keguguran, apabila saya ke tandas keluar kantung, dan saya terkejut sbb tk pernah tgk, dan pggl suami, suami ckp saya gugur dan bawa saya ke hospital. kandungan saya masa tu dah 4 bulan.. dan saya berpantang 44 hari..berurut dgn bidan kampung, dan beliau memberitahu 3 bulan lagi saya akan pregnant, alhamdulillah skrg saya pregnant lagi dah 15 mggu, suami tak beri saya buat kerja berat2, setelah menunggu 10 tahun.. semoga saya selamat melahirkan cahayamata saya ini. maaf panjang berjela pulak pengalaman saya ni..utk sis semoga sis jaga diri, jgn buat kerja berat, jgn lasak sangat, pemakanan pun perlu jaga, jgn makan benda yg tajam buat masa awal ni..😊
Baca lagi