mengandung tapi tidak berkhawin
hm😔sye buntu sama ade nk gugurkn atau tidak .. lgi pon umr sye 20 ..sye dduk jauh dri fmily.. smua org x thu .. boyf sye sruh gugurkn kndungn sbb x nk mslh lgi bsr.. sye cuma mahu nasihat org dewasa.. k

Sebaiknya bagitahu ibu bapa. Jangan simpan rahsia, walaupun kena marah, parents kecewa sekurang2nya awak mungkin akan dapat support dari awal. Kalau tidak, nanti masalah lain datang contohnya tiba tiba awak di diagnos ada depression. Lagi akan effect dekat diri awak. Haram untuk gugurkan, saya ada pengalaman dengan sahabat saya dalam situasi macamni. Nasihat saya, better teruskan sis, anak tak bersalah. Kalau family tak nak jaga, awak tak mampu untuk jaga, fikir masak masak. Samada nak serah ke JKM, atau nak bagi je family yang awak percaya untuk jaga kan sementara anak awak. Apa pun, fikir masak masak ye. Jangan buat keputusan melulu. Mungkin sekarang tuhan bagi awak ujian mengandung walaupun belum berkahwin. Tapi kalau awak gugurkan, awak yakin ke akan ada rezeki mengandung lagi selepas berkahwin? Jangan risau, setiap dugaan ada hikmah dia. Okay? Stay strong.
Baca lagi