Apa itu Hepatitis dan Apa Simptomnya?
👉Hepatitis membawa maksud keradangan hati. Masalah ini selalunya disebabkan jangkitan virus. Akan tetapi ada juga punca lain yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Ianya termasuk autoimmune hepatitis iaitu keradangan hati disebabkan sel pertahanan badan menyerang sel badan sendiri. Dalam kes ini, sel pertahanan badan menyerang sel hati. Ia juga boleh disebabkan pengambilan ubat, racun, toksin dan juga alkohol. Hati terletak dibahagian kanan atas abdomen anda. Ia mempunyai fungsi yang penting untuk mengawal metabolisma pada seluruh badan kita termasuk: ✅Penghasilan cecair hempedu yang berfungsi untuk memudahkan pencernaan lemak ✅Meneutralkan toksin dalam badan ✅Penyingkiran bilirubin iaitu salah satu bahan sampingan yang terhasil setelah sel darah merah mati. ✅Metabolisma gula, lemak dan juga protein ✅Boleh menyimpan gula, mineral dan juga vitamin ✅Penghasilan protein seperti albumin ✅Menghasilkan bahan untuk pembekuan darah *NOTA : LIKE & IKUT POST ini sebagai rujukan masa hadapan.