Rasa stres tahap kemurungan
Helo mommies nak tanya macam mana you all handle perasaan tertekan,rasa kosong masa pregnant? Like takde support husband..kadang rasa macam single mom barang baby pon tak beli langsung,sbb duit habis untuk motor je..so how korang handle #ingintahu #SeriusTanya

Bagitahu dia apa yg sis rasa. Ajak sit down & talk dgn dia. Eye to eye, face to face. Fon letak tepi. Pegang tangan dia, gosok tangan dia, cakap lembut2. Jangan mula dgn tuduh atau cakap berkias. Tanya dia, tak excited ke nak dapat baby. Tunjuk gambar, video baby comel2. Ajak dia gi mall, sambil singgah kedai baby. Sambil2 tu cakap pasal barang baju baby, buat2 tanya cantik kan baju baby comel ni. Kecik je. Ckp yg sis teringin nak beli mcm ibu2 lain. Beli sikit2 takpe. Nak beli brg preloved pun boleh. Semasa memasak, cuba bacakan doa2 utk lembutkan hati suami (boleh cari kat fb, tiktok, youtube) Kita ibu mengandung memang cepat emosi, tiba2 je nangis. Si suami pulak mmg kadang2 kena bercakap dgn dia mcm bercakap dgn budak, kena explain & tunjuk satu2. Sy pun mcm tu lah dgn suami kdg2. Tapi sy akan cuba jgk sitdown dgn suami untuk bagitahu perasaan sy kat dia mcm mana.. ckp kt dia, apa yg ibu rasa, anak dlm perut pun rasa. Kalau ibunya asyik sedih, terpalit dgn anak dlm perut.. ibu pulak banyakkan membaca Alquran surah Maryam & Yusuf. Surah2 lain pun bolehh, baca jgk dgn tafsir. Banyak berdoa dgn Allah. Jgn lupa utk sentiasa bersyukur utk sekecik2 rezeki yg Allah bagi. Kdg2 suami ni dia stress jgk dgn kerjanya tapi taknak cerita sgt kt kita. Jadinya, dia buat hal dia.. Sis cuba ajak berbual dulu dgn dia, pergi dating sekali sekala.. insyaAllah moga Allah permudahkan urusan sis.. jgn sedih2 ya mommy💪🏻
Baca lagi

