Assalamualaikum ibu semua.

Hari ni tersentak hati saya, lalu berderai airmata mengalir..terus memelok anak saya yg no 2. Kalau tak tengok reminder di fbook gambar² tahun lepas, rupa2nya hari ni harijadi anak saya yang kedua. Iaitu Firas. Saya terlampau penat, mental & emosi. Saya burnout..helpless..mcm² lagi perasaan yg tidak nyaman. Saya xpernah lupa harijadi dia. Saya banyak fikir, sampai xingat harini harijadi dia. Sedih tak terkata. Lagi² takda duit pulak nak celebrate walaupun hanya nak beli kek. Pahitnya saya nak telan. Genap 3 tahun, dia belom pandai bercakap seperti budak lain. Doktor kata dia ada ciri² autism. Kesian nya saya dengan dia. Hanya Allah saja tahu bagaimana rasa saya. Dia telah mengajar saya untuk kuat. Dia rasa terabai semenjak saya lahirkan adik dia. Jarak 1 tahun. Saya depo dan saya pregnantkan adik dia masa dia umur 6 bulan. Saya sangat rindu memori berduaan dengan dia. Sekarang dia dah xnak dipelok sangat. Xnak di gomol. 😞 Harini genap 3 tahun..saya & suami xmampu nk hadiahkan apa². Walaupun kami pernah berniat untuk hadiahkan dia mainan..tetapi belum ada rezeki lagi. Sampai lah hari ni..harijadi dia..rm10 saja dalam beg duit. Malam tadi dia berebut roti pulak dengan adik dia.. Sedih saya tengok dia. Saya bukan ibu yg baik. Tapi saya selalu berdoa agar dia boleh menjadi normal seperti budak² yang lain. Semoga Allah permudahkan perjalanan anakku Firas di dunia & akhirat. Semoga ada rezeki kami satu hari nanti dapat belikan hadiah untuk dia & belikan kek ataupun roti untuk dia memadai. Saya bertangisan apabila mengetahui, org lain dahulu yang wish untuk dia. Sampai sekarang perasaan serba salah saya xkan hilang. Org selalu kata kat saya, saya abaikan dia, dia kurang kasih syg. Dia perlukan support dan sebagainya. Hanya Allah saja yg tahu usaha saya & suami mengajar dia sepanjang dia speech delay & dihantar ke terapi. Mama mintak maaf, selamat hari jadi anakku Muhammad Firas. Semoga menjadi anak yg baik satu hari nanti, berbakti kepada org tua. Semoga Firas panjang umur, dikurniakan kesihatan yg walafiat. Aamiin. Sekian saja luahan saya. Saya takde tempat mengadu. Masih menangis mengenangkan saya terlupa hari ni harijadi dia. 😢😞

22 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Sy faham sis. Banyak sgt awk fikir ni tp point kuatnya sbb awk lupa. Tu yang sampai terkilan disebabkan lupa tk sempat nak prepare apa2 untuk dia tanda awk ingtkan dia. Takpe sis, ini cuma kesilapan pertama, as parents, kita tak boleh lari dari buat silap kat anak. Jauh lagi perjalanan kita sebagai mak ni. Chin up, its an honest mistake. Lepasni kita set calendar kt fon ya. Mak mak ni banyak benda nak ingat. Otak awk fikir benda yg lagi penting dari hari jadi so sangatlah dimaafkan. Sebab dia ada speech delay, awk suami isteri ikhtiar nak bagi dia terapi. Awk bukan ibu yg gagal tapi awk ibu praktikal. Jgn sedih ye, kita cuba lagi 💪🏻

Baca lagi
2y ago

terima kasih sebab memahami 😞