Assalamualaikum ibu semua.

Hari ni tersentak hati saya, lalu berderai airmata mengalir..terus memelok anak saya yg no 2. Kalau tak tengok reminder di fbook gambar² tahun lepas, rupa2nya hari ni harijadi anak saya yang kedua. Iaitu Firas. Saya terlampau penat, mental & emosi. Saya burnout..helpless..mcm² lagi perasaan yg tidak nyaman. Saya xpernah lupa harijadi dia. Saya banyak fikir, sampai xingat harini harijadi dia. Sedih tak terkata. Lagi² takda duit pulak nak celebrate walaupun hanya nak beli kek. Pahitnya saya nak telan. Genap 3 tahun, dia belom pandai bercakap seperti budak lain. Doktor kata dia ada ciri² autism. Kesian nya saya dengan dia. Hanya Allah saja tahu bagaimana rasa saya. Dia telah mengajar saya untuk kuat. Dia rasa terabai semenjak saya lahirkan adik dia. Jarak 1 tahun. Saya depo dan saya pregnantkan adik dia masa dia umur 6 bulan. Saya sangat rindu memori berduaan dengan dia. Sekarang dia dah xnak dipelok sangat. Xnak di gomol. 😞 Harini genap 3 tahun..saya & suami xmampu nk hadiahkan apa². Walaupun kami pernah berniat untuk hadiahkan dia mainan..tetapi belum ada rezeki lagi. Sampai lah hari ni..harijadi dia..rm10 saja dalam beg duit. Malam tadi dia berebut roti pulak dengan adik dia.. Sedih saya tengok dia. Saya bukan ibu yg baik. Tapi saya selalu berdoa agar dia boleh menjadi normal seperti budak² yang lain. Semoga Allah permudahkan perjalanan anakku Firas di dunia & akhirat. Semoga ada rezeki kami satu hari nanti dapat belikan hadiah untuk dia & belikan kek ataupun roti untuk dia memadai. Saya bertangisan apabila mengetahui, org lain dahulu yang wish untuk dia. Sampai sekarang perasaan serba salah saya xkan hilang. Org selalu kata kat saya, saya abaikan dia, dia kurang kasih syg. Dia perlukan support dan sebagainya. Hanya Allah saja yg tahu usaha saya & suami mengajar dia sepanjang dia speech delay & dihantar ke terapi. Mama mintak maaf, selamat hari jadi anakku Muhammad Firas. Semoga menjadi anak yg baik satu hari nanti, berbakti kepada org tua. Semoga Firas panjang umur, dikurniakan kesihatan yg walafiat. Aamiin. Sekian saja luahan saya. Saya takde tempat mengadu. Masih menangis mengenangkan saya terlupa hari ni harijadi dia. 😢😞

22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Happy birthday Firas. Aunty doakan firas sihat tubuh badan &berjaya dunia akhirat. I paham sis apa yang u nak sampaikan, kuatnya sis. I paham jugak anything related to anak mesti rasa sebak kan? I pun rasa nak peluk firas. Apa pun, sis jangan negative ya, cuba tenangkan diri, sembang dengan husband luah apa sis rasa. jangan simpan sendiri, lepaskan ja emosi dekat husband. as a mother, emosi sangat penting. Sis jaga diri okay, sis kuat! ❤️

Baca lagi
11mo ago

Terima kasih aunty 🥰🐻