Assalamualaikum ibu semua.

Hari ni tersentak hati saya, lalu berderai airmata mengalir..terus memelok anak saya yg no 2. Kalau tak tengok reminder di fbook gambar² tahun lepas, rupa2nya hari ni harijadi anak saya yang kedua. Iaitu Firas. Saya terlampau penat, mental & emosi. Saya burnout..helpless..mcm² lagi perasaan yg tidak nyaman. Saya xpernah lupa harijadi dia. Saya banyak fikir, sampai xingat harini harijadi dia. Sedih tak terkata. Lagi² takda duit pulak nak celebrate walaupun hanya nak beli kek. Pahitnya saya nak telan. Genap 3 tahun, dia belom pandai bercakap seperti budak lain. Doktor kata dia ada ciri² autism. Kesian nya saya dengan dia. Hanya Allah saja tahu bagaimana rasa saya. Dia telah mengajar saya untuk kuat. Dia rasa terabai semenjak saya lahirkan adik dia. Jarak 1 tahun. Saya depo dan saya pregnantkan adik dia masa dia umur 6 bulan. Saya sangat rindu memori berduaan dengan dia. Sekarang dia dah xnak dipelok sangat. Xnak di gomol. 😞 Harini genap 3 tahun..saya & suami xmampu nk hadiahkan apa². Walaupun kami pernah berniat untuk hadiahkan dia mainan..tetapi belum ada rezeki lagi. Sampai lah hari ni..harijadi dia..rm10 saja dalam beg duit. Malam tadi dia berebut roti pulak dengan adik dia.. Sedih saya tengok dia. Saya bukan ibu yg baik. Tapi saya selalu berdoa agar dia boleh menjadi normal seperti budak² yang lain. Semoga Allah permudahkan perjalanan anakku Firas di dunia & akhirat. Semoga ada rezeki kami satu hari nanti dapat belikan hadiah untuk dia & belikan kek ataupun roti untuk dia memadai. Saya bertangisan apabila mengetahui, org lain dahulu yang wish untuk dia. Sampai sekarang perasaan serba salah saya xkan hilang. Org selalu kata kat saya, saya abaikan dia, dia kurang kasih syg. Dia perlukan support dan sebagainya. Hanya Allah saja yg tahu usaha saya & suami mengajar dia sepanjang dia speech delay & dihantar ke terapi. Mama mintak maaf, selamat hari jadi anakku Muhammad Firas. Semoga menjadi anak yg baik satu hari nanti, berbakti kepada org tua. Semoga Firas panjang umur, dikurniakan kesihatan yg walafiat. Aamiin. Sekian saja luahan saya. Saya takde tempat mengadu. Masih menangis mengenangkan saya terlupa hari ni harijadi dia. 😢😞

22 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

xpe, ade rezeki lebih nant smbut blek bezday Firas..

6mo ago

kalau nak belikan mainan, Kedai eco jauh. nak belikn mainan kt Mr d.i.y tapi rezeki takde lagi . boleh Minta suami singgah mana2 Kedai yg mainannya berpatutan. mcm awk Kata kantin blkg rumah awk Ada jual mainan murah2.. skrg xmcm dulu.. bnyak mainan yg murah2.. sy ckp brdasarkan apa yg sis luah kt atas Tu ..banyak sbnrnya Cara untuk buat anak happy. sis punya mindset Tu yg kena tukar. tak tampal trikh penting kt peti sejuk Sbb Jenis rendah Sbb ank2 akn cabut/almari Jenis cermin kecik, kt phone boleh buat note . sy tarikh period atau apa2 yg penting smua kt phone. jgn Pula sis Kata dlm phone bnyak benda2 penting tak cukup memory,phone cpt bateri hbis apa smua.. Kita fokus skrg adalah jalan keluar dri semua kekusutan ni. mindset sis kne ubah. positive. jgn terlampau fikir meleret2. pakai depo pun tetap kne double triple protection. Sbb 99% je .bukan 100% melindungi. suami pun kne main pranan.. dan xperlu nak Jaga Hati semua org. kenapa NK jaga Hati ipar smua Tu. awk Jaga Hati awk da