Boleh share harga checkup kilinik swasta & kerajaan ? tq

Haii mommies semua, nak tanya utk yang buat buku dekat klinik swasta normally bila dah bukak buku dgn klinik swasta berapa yaa rate harga mereka dari awal pregnancy sampai dah nak bersalin ? saya berkira2 lagi nak ke swasta ke gov sebab tengok ramai kawan & family suruh pergi swasta je tapi ramai juga yang suggests pergi ke KK sebab mereka lebih details, harap ada yang dapat membantu, tq 🥰#firstbaby

26 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya 1-4 months check swasta. Langsung tak memuaskan. Saya first month dan taktau apa² so saya tanya saya takyah minum air gula ke... Doktor triggered dan bitter explain kat saya. Cucuk hujung jari nak check HB pun takde. Permulaan buka buku pink di klinik swasta RM 200. Checkup bulan² RM 80- RM 120. 2 minggu lepas saya decide untuk checkup dengan Klinik Kesihatan Kerajaan. Alhamdulillah nurse baik². Dah 2 kali checkup, dua kali check HB. Ahad ni minum air gula. Permulaan buka buku pink di KK gov saya bayar RM 3 je itu pun UNTUK pembalut buku... 😅 2 kali jumpa nurse free takyah bayar... Swasta tunggu 5 minit je. Kerajaan tunggu sejam. Saya tak kisah tunggu berapa lama asalkan checkup anak semua detail. Buku pink swasta dan gov pun berbeza. Kandungan buku pink gov lebih detail. Ada 4 jenis warna sticker juga yang di tampal di kulit buku untuk status ibu.

Baca lagi

40 minggu mengandung, saya panggil 10 bulan ya. Kos check up swasta tidak termasuk supplement, lebih kurang RM2,250. 7 bulan pertama jumpa doktor sebulan skali, bulan 8 & 9 setiap dua minggu skali, bulan 10 seminggu skali. Setiap kali RM150. 150 x 7bulan + 150 x 2kali x 2 bulan + 150 x 4kali x 1 bulan =2,250 Supplement RM30 sebulan x 10 bulan = RM300 Kos bersalin swasta RM8,000 - RM10,000 lebih. Mungkin lebih tinggi kalau baby ada jaundice atau masalah kesihatan lain. Kos bersalin FPP RM1,000 - 4,000 lebih. Tengok la bersalin natural + koyak ke tak + vakum/ cezer. Sis nak bersalin kat mana? Jangan ikut org, kemampuan kita lain2. Kalau hospital kerajaan (termasuk FPP), boleh pegi dua2 - KK (supplement percuma) dan klinik swasta. Kalau hospital swasta, tak perlu pegi KK, jumpa gynae hospital swasta je.

Baca lagi

sy check up swasta. setiap bulan dtg mesti ambil urine & scan. blood kdg2 je first buka buku RM175. monthly check up 115. klau tak ambil darah, tak smpai 100 pun. vitamin sy beli farmasi lgi murah. klau ada mnum air gula bil 200 je. swasta best sebab setiap bulan mesti buat scan. doktor siap ukur lagi kepala perut kaki smua tu. berat sy turun pun kena bebel juga dgn doktor. dia ckp sekali lgi dtg mesti berat naik. klau tak, nk buat full blood test. org ckp swasta tak detail, doktor sy check detail je. masa scan , sy ada cyst. DR siap nk refer pakar lagi. tpi sy hold dlu. sebab baru 1cm. baby pun membesar ikut usia dia. kalau ada keputihan yg teruk, doktor mmg akan buat vagina swab laa.. sy rasa klinik sy sama je detail dgn kk.. swasta ni ikot atas doktor la. ada doktor yg buat kerja asal boleh je.

Baca lagi

Saya buat checkup dekat U.n.i klinik johor. Bukak buku pink starting rm190+ mcm tu. Then monthly checkup tak lari dari range Rm100-250+. Yg best nya klinik ni bagi banyak discount untuk yg buka buku pink kat situ. Sometimes dlm time tu saya ada banyak buat rawatan , blood test , vitamin , urine test , scan 2d 5d, and ubat bill dlm rm300-400 tapi discount dari klinik ni best so bayar x pernah cecah rm300. So siapa yg kat johor boleh pergi klinik ni kat setia tropika. Btw saya suka check kat swasta sbb boleh ikut time kita nak checkup bila. Sbb bagi yg bekerja ni susah nak ambik leave setiap kali nak checkup. Plus everytime checkup kat clinic swasta mesti buat scan 2d so kat situ kita boleh nak perkembangan baby.

Baca lagi

saya rekemen kk KALAU sanggup dan mampu tunggu. alhamdulillah boss dan rakan sekerja semua ok dan paham kalau saya pergi check up. kena pandai gunakan masa sebaiknya utk habiskan kerja di ofis. byk org kata suka check up swasta sebab dapat scan. kalau saya, saya pergi scan sendiri kat sonovision atau join mana2 scan free utk latihan dr/sonographer (ni kena rajin2 cari). saya every month mmg akan scan baby. jadi kos saya just bayaran scan jelah. saya scan rm28 je kat sonovision sentul setiap hari selasa (promo day). yg lain free sebab buat kat kk. plan pon beranak kat hosp kerajaan. duit tu mungkin ada tapi planning nak simpan utk komitmen lain dan saving utk masa depan utk diri sendiri/keluarga.

Baca lagi

sy prefer swasta sbb lebih detail berbanding kk..sy dr ank 1st smpai skrg yg no 3,still buka buku pink n fully checkup dgn swasta,bersalin dgn kerajaan mcm biasa..dkt tmpt sy,de klinik swasta yg btl2 bg servis terbaik dr A smpai Z.kos hrga utk pakej buka buku pink n smue fully servis lbih krg 2k,itu pun blh byr ansuran 3x..stiap kli checkup mmg detail,scan,mnum air gula,bp,hb,suntikan smue dah kira skli dlm pakej tu.. alhamdulillah doc n staff yg b'pengalaman n servis mmg tip top..bila dah bersalin,nurse kk dtg umh pun dia ckp n puji yg servis klinik tu terbaik n mudahkan urusan nurse dkt kk..

Baca lagi
2y ago

eva emily klinik..

i prefer kk sebab detail . swasta kena cri yg elok2 laa .sya kalau pegi swasta asyik dapat doctor yg takutkan saya .. asyik sruh pergi tu .pergi nii bru ni kena asma dia ckp saya ada darah beku kat dada ..pdahal dia dah chek tnda2 darah beku ttap sruh g hospital besar 😓 g kk . kk monitor bagi inhaler .. dr. kk ckp anything klu smpai asma saya datang smpai tak bole brnafas wlupun dah sedut inhaler tak baik2 bru pergi hospital takdalah smpai takutkan saya .

Baca lagi

Kalau full checkup swasta, anggaran sekali checkup 120 - 400. Checkup biasa buat ultrasound sahaja dalam 120 macamtu. Kalau ada check darah, urine test, minum air gula, vitamin, harga lain. Kalau sis ada masa, checkup kat dua2 tempat. Kk dan swasta. Masa first pregnancy saya checkup dua2. Kat kk saya minum air gula, ambil vitamin, check darah semua. Free je. Kat swasta just ultrasound. Takde la mahal sangat bil 😃

Baca lagi

kena ada standby bawa duit lebh2 la klu chek swasta .saya pernh kena bawa 3rtus . rupnya dekt 5rtus sya byr . nasib ada bawa mak 🤣 se ingt saya .saya dah chek up biasa dekt dr. biasa .tibe dia recommend p jumpa pakar dia aku ni firstime ikut je laa . lepas jumpa pakar dia sruh buat untk lg jelas ape ntah .. nasb aku tolak klu x mgkn kena 1k hahahah lepastu tobat trus g kk biarlah jauh skit 🤣

Baca lagi
2y ago

yep terasa membazir sgt sedangkan ada pilihan yang free lagi detail apa semua chek up . kk bukn main sruh ikut tarikh dorang bagi .selalunya next chekup dia bagi je pilihan nk hari apa ..jam berapa..

untuk buka buku pink di swasta urine+bp+buku pink+consults+scan 2d+vitamins RM135 +Bloodtest RM90 Bulan seterusnya urine+bp+scan 2d+consults RM115 Tarikh dan masa untuk checkup boleh pilih ikut kesesuaian sendiri Di swasta checkup cepat tak perlu tunggu lama seperti di kk atau kd ~berdasarkan pengalaman saya pertama kali checkup di swasta klinik khas untuk ibu mengandung

Baca lagi