milestone anak setahun

haii mamii , anak saya dah setahun 1 (geng ogos) share laa milestone anak korang . hihi anak saya baru je pandai jalan sendiri dengan yakin nya . sebelum ni dah boleh jalan cuma takut takut . cakap tu pulak baru mama (mamii) , oyohhh (ayah) . tapi tak jelas la sebut cuma kalau dia cakap gitu dah tahu la dia panggil sape . setakat saya cakap bye bye , yeay/pandai (tepuk tangan) , tepuk amai amai , cak ciku tu dia pandai dah . pastu kalau saya kira 1 sampai sepuluh dia dah pandai tunjuk jari dia nak kira jugak tapi tak pandai sebut lagi laa . anak korang mcm mana ? dah berapa banyak perkataan ? dah jalan ke ? cuba share sini nak tengok anak kita ni ada redflag ke tak . satu lagi apa ya aktiviti yang boleh tingkatkan fokus anak ? sebab kadang dia leka main sampai kita panggil dia buat tak tahu je . oh satu lagi channel youtube apa yang okay ya untuk bagi anak belajar ? taknak bagi langsung takut pulak dia ketinggalan or something . tapi kalau bagi sangat lagi la takut . mohon share ya mami semua🫰🏻 #mohonbantujawabbunda #Needadvice #bantujawab #firstmom #sharing

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Milestone anak saya masa umur setahun - tumbuh 5 batang gigi sekali gus. - berjalan dengan stabil umur setahun. - - boleh sebut dan tahu 50 words. - tahu mimic 7 bunyi haiwan At 20 months old she can form 3-4 words in one sentence. Screen time ada limit. Satu hari maximum 30 minit. Tapi pecah kepada 10-15 mins per session. Anak saya tengok - Super Simple Song - Bing - Ms Rachel - Omar dan Hana Story/reading time satu session sehari. Playing with stickers

Baca lagi