14 Balas
Hai dear, Tak perlu risau sangat, normal untuk rasa gelisah bila first baby. Biasanya, kantung kehamilan boleh mula dilihat seawal minggu ke-4 hingga ke-5 melalui ultrasound transvaginal. Janin pula biasanya boleh mula nampak antara minggu ke-5 hingga ke-6. Heartbeat bayi pula selalunya boleh dikesan sekitar minggu ke-6 hingga ke-7. Ada juga ibu yang tak mengalami banyak alahan atau simptom awal kehamilan seperti cramp. Setiap kehamilan itu unik dan berbeza-beza. Tentang demam on off, batuk, dan selsema tu, mungkin lebih baik rujuk dengan doktor untuk kepastian. Kadangkala, gejala tersebut dapat memberi petunjuk kepada perkara lain, jadi penting untuk pastikan semuanya baik-baik sahaja. Kalau mommies masih risau atau ada ketidakpastian, dinasihatkan buat scan secepat mungkin untuk tenangkan hati. Jaga diri baik-baik ya, makan makanan berkhasiat dan rehat yang cukup. Boleh pertimbangkan suplemen untuk ibu hamil di sini https://invl.io/cll7871 untuk sokongan kesihatan tambahan. Semoga semuanya berjalan lancar. https://invl.io/cll7hzz
Saya pegi 6w 5d scan atas just nampak kantung je, dr terus buat tvs scan alhamdulillah dah nampak baby dan heartbeat. Alahan pun takde sangt just cramp perut, tegang breast mcm tu je
sy sebelum dpt tau pregnant dah ada alahan teruk. pegi klinik cek dgn scan 7minggu. nmpak kantung je. scan lg kat kk masa buat buku pink 10minggu dah nmpak janin dgn heartbeat dia.
saya scan masa 8w dah nampak janin & heartbeat. nanti nak scan awal pregnancy tu jangan lupa minum air banyak banyak bagi full bladder baru senang nampak baby
setiap org berbeza..ada yg 6-7-8 masih nampak kantung...ada yg 6-7-8 dah nampak janin..boleh je nak scan awal..tpi kena kental le..lain org lain result..
saya takde alahan pon tapi alhamdulillah scan masa 6 weeks dah nampak janin dalam kantung sekali heartbeat jugak. boleh tu pergi scan dah
msa alahan 6 week n bgantung pd badan org juga . pastu tgok kantung 6 week da nampak , janin 8 week ke atas bru ada skli heartbeat .
sy first scan 5weeks -nampak kantung saja second scan 7weeks- masih kantung third scan 8weeks -npk bby dan heartbeat
klu saya, 8 weeks da nmpk semua+heartbeat.. stat alahan dr 8 weeks-12 weeks..
Sy haritu scan 7w dh nmpak tiga2 sis ckp tu. alahan sy xda lg masa tu
Anonymous