Scan bila bole nampak

Hai..boleh tak share pengalaman mommies2 mula dari minggu ke berapa mula nampak kantung, janin dan heartbeat ya? Beserta alahan tak waktu scan tu? Sy jadi risau sbb blum pergi scan lg dan alahan pun demam on off,batuk2,selsema.masuk 6w ni takde cramp sgt.normal ke..first baby mcm excited,gelabah sikit.

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hai dear, Tak perlu risau sangat, normal untuk rasa gelisah bila first baby. Biasanya, kantung kehamilan boleh mula dilihat seawal minggu ke-4 hingga ke-5 melalui ultrasound transvaginal. Janin pula biasanya boleh mula nampak antara minggu ke-5 hingga ke-6. Heartbeat bayi pula selalunya boleh dikesan sekitar minggu ke-6 hingga ke-7. Ada juga ibu yang tak mengalami banyak alahan atau simptom awal kehamilan seperti cramp. Setiap kehamilan itu unik dan berbeza-beza. Tentang demam on off, batuk, dan selsema tu, mungkin lebih baik rujuk dengan doktor untuk kepastian. Kadangkala, gejala tersebut dapat memberi petunjuk kepada perkara lain, jadi penting untuk pastikan semuanya baik-baik sahaja. Kalau mommies masih risau atau ada ketidakpastian, dinasihatkan buat scan secepat mungkin untuk tenangkan hati. Jaga diri baik-baik ya, makan makanan berkhasiat dan rehat yang cukup. Boleh pertimbangkan suplemen untuk ibu hamil di sini https://invl.io/cll7871 untuk sokongan kesihatan tambahan. Semoga semuanya berjalan lancar. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Saya pegi 6w 5d scan atas just nampak kantung je, dr terus buat tvs scan alhamdulillah dah nampak baby dan heartbeat. Alahan pun takde sangt just cramp perut, tegang breast mcm tu je

sy sebelum dpt tau pregnant dah ada alahan teruk. pegi klinik cek dgn scan 7minggu. nmpak kantung je. scan lg kat kk masa buat buku pink 10minggu dah nmpak janin dgn heartbeat dia.

saya scan masa 8w dah nampak janin & heartbeat. nanti nak scan awal pregnancy tu jangan lupa minum air banyak banyak bagi full bladder baru senang nampak baby

setiap org berbeza..ada yg 6-7-8 masih nampak kantung...ada yg 6-7-8 dah nampak janin..boleh je nak scan awal..tpi kena kental le..lain org lain result..

5mo ago

sis byk2 fkir psitive ye...kita tgok lg 2 mggu ye...inshaAllah ada baby

saya takde alahan pon tapi alhamdulillah scan masa 6 weeks dah nampak janin dalam kantung sekali heartbeat jugak. boleh tu pergi scan dah

msa alahan 6 week n bgantung pd badan org juga . pastu tgok kantung 6 week da nampak , janin 8 week ke atas bru ada skli heartbeat .

sy first scan 5weeks -nampak kantung saja second scan 7weeks- masih kantung third scan 8weeks -npk bby dan heartbeat

klu saya, 8 weeks da nmpk semua+heartbeat.. stat alahan dr 8 weeks-12 weeks..

Sy haritu scan 7w dh nmpak tiga2 sis ckp tu. alahan sy xda lg masa tu