Positif Covid Ketika Mengandung

Hai siapa dalam ni pernah kena covid ataupun dah kena untuk kali kedua. saya kena utk kali kedua & tengah mengandung 5 bulan. semalam dah contact dgn nurse klinik yg cek saya apa semua tu. dia kata kuarantin mcm biasa dekat rumah. cumanya kalau simptom demam masih teruk,sakit kepala yg teruk & ada spotting darah terus ke hospital. cumanya disini, saya ingin bertanya pada ibu2 dalam ni. semasa kuarantin ada ke guna petua apa²? nak kata saya demam Alhamdulillah dah kebah lah. cuma tinggal batuk & selsema yg kuat. nak tanyalah boleh ke minum air kelapa original semasa mengandung? minta maaf kalau soalan saya ni pelik. saya mengandung anak pertama & terkena covid untuk kali kedua. kali pertama kena tahun lepas & ini kali kedua. kalau rang mengandung memang sah2 lah ubat dia paracetamol kan. selain paracetamol boleh ke nak minum air kelapa ? #seriusnanya #ingintahu #firstmom #pleasehelp

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya pun tengah kuarantin sebab +ve covid. Harini dah hari ke-4. Skrg 6 bulan. Risau pada baby tapi alhamdulilah baby aktif. Cuma selsema and batuk tu teruk. Bila batuk sakit kat perut. Deria rasa and bau pun hilang. Saya cuma amalkan lemon suam campur madu. Kadang minum air rendaman cengkih.

Dulu saya selalu panas badan. Panas sgt2 tp bkn demam. Bila tnya doktor nak buat mcm mna nk hilangkan panas ni, doktor kata boleh minum air kelapa.

sy kena kali ke2, baru lps habis self kuarantin, 31w pregnancy. air kelapa boleh minum bila2 masa. batuk selsema boleh cuba air lemon madu panas.

12mo ago

takat panadol je la sbb demam. dh kebah sy stop mkn. tgl batuk selsema saja minum lemon madu panas. xlama kebah sendiri

Sis ada dapat ubat tak dri klinik? Brapa hari kuarantin sis?

12mo ago

maaf baru reply. saya takde makan ubat klinik.cumanya nurse yg jaga saya dia kata makan Panadol/paracetamol. kuarantin hanya 5 hari sahaja.

boleh je minum air kelapa. xda masalah pun