Badan sakit

Hai semua. Saya umur 40-an. Masih menyusukan anak direct feeding. Ambil pendekatan kerap beritahu anak yang dia tak perlu lagi susu ibu sbb dah besar sejak anak melebihi 1 tahun 9 bulan. Namun sekarang anak dah 3 tahun lebiih masih menyusu direct feeding. Dah sebulan badan saya sakit belakang; belikat dan pinggang. Dan sebulan juga saya latih anak potty training. Saya cari juga punca sakit belakang ni; dah lama tak bersenam? Direct feeding sbb anak makin membesar? kerap membongkok sebab uruskan anak di tandas (paling banyak dia tukar cloth diaper sehari: 6 kali)? Usia pun dah 40-an? Asalnya saya tak nak proses wean off dgn buat helah letak itu ini di dada sebab tak nak kesan kat anak. Sebab saya teringat saya buat helah pada mak saya utk rawatan Islam semasa ziarah abang dia, dan mak saya tak percaya dgn saya kalau saya ajak dia ziarah adik beradik dia. So, saya tak nak ada rasa begitu pada anak saya terhadap saya. Bila badan dah sakit2 ni, saya nak buat helah untuk wean off. Nak letak asam jawa, dgn tunjuk pada anak yg saya letak asam jawa tu. 😅 Tapi masih teragak-agak. Hmmm.. Apa pandangan anda? Saya pun dah cakap dgn anak, badan saya sakit, tak larat nak mengiring atau duduk susukan dia.

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sye pun masih bf anak 2y+ & jugak alami kerap sakit belakang. kdg2 punca dia postur badan kite xbetul. sye amalkan vit b + magnesium. alhamdulillah mmbantu untk mengurangkan sakit. sye pun masih cuba untk wean off tp masih xberjaya. dh letak sos tomato, dia blh buat xtau je menysu mcm biasa hahaha 🤣🤣. asam jawa sye bru nk try. xtau la menajdi ke tak 😅

Baca lagi
3mo ago

Ya, postur tak betul pun ya. Dah tak larat nak tegak masa menyusu.. Berat badan anak pun bertambah dan dia suka hati nak pilih belah mana dia nak menyusu, . 😅