Spotting atau Bleeding.
Hai semua. Saya baru sahaja pregnant 6 minggu 4 hari. Semalam waktu pagi saya dapati ada darah keluar ketika buang air kecil. Warna darah merah terang tetapi kuantiti yg sedikit. Petang pun saya perasan ada darah berwarna coklat gelap di seluar dalam. Saya pakai panty liner selepas tu. Then tak sampai berapa jam masih ada darah yg keluar. Masih dalam kuantiti yang sedikit. Disebabkan risau, saya terus ke klinik swasta. Dr scan dan cakap bayi tak nampak lg. Cuma nampak kantung. Dr bagitahu mmg ada segelintir ibu hamil mengalami spotting. Tapi kalau makin hari makin byk perlu refer hospital sebab takut tnda keguguran. Malam selepas pergi klinik bila saya tekap panty liner di vagina masih ada tompokan darah coklat. Hari ini, saya tekap lagi masih ada juga. Saya agak khuatir dan tidak tenang lagi-lagi ini kali pertama saya hamil. Bertambah khuatir bila kawan sendiri pernah mengalami pendarahan yang sedikit pada awalnya, lama-lama jadi banyak dan akhirnya keguguran. Ada ke cara nak bg darah yg sedikit ni berhenti? Saya trauma nak buang air kecil sbb tkut kalau2 ada darah ☹️ Doakan juga ini cuma normal spotting.