Perancang keluarga

hai semua,just nak share my kwn punya pengalaman...kawan sy baru sahaja meninggal dunia kerana mengalami pendarahan tanpa henti setelah secara senyap mengambil perancang jenis suntikan..suami dia tidak tahu kalau isterinya mengambil perancang ,kawan saya ambil secara sembunyi2 tanpa pengetahuan suami...sebelum meninggal,kawan sy mengalami pendarahan tanpa henti dan kemudian dia dimasukkan ke ICU..doktor mengesahkan semua organ tidak berfungsi dan berpunca dari perancang jenis suntikkan yg diambil..suami dia terkejut,so kat sini bukanlah saya ingin kata jangan ambil perancang jenis suntikkan,tetapi adalah sy rasa apa sahaja yg kita isteri mahu buat adalah lebih baik kita berbincang sebaik mungkin dengan suami terlebih dahulu,kerana kita pun tidak tahu akan resiko yang mendatang..saya juga seorang yg mengambil perancang jenis suntikkan..cuma sy ingin tekankan pd ibu2 agar berbincang dengan suami walau apa sekalipun kerana amat penting untuk diri masing2... #justsharing #imdepomom

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

betul kena bincang dgn suami sbb nk ada anak ni pun persetujuan bersama. tp kalau jenis laki tak ambil peduli/nak senang/tak bg pakai perancang, samada bincang lg pujuk atau makan pil. ni antara alat perancang yg selamat lah. cuma kena disiplin kalau nak jarakkan anak. mungkin kes kawan TT ni 1:1000 tp dah benda nak berlaku kan. jadikan iktibar utk semua. kalau lepas cucuk depo ada pendarahan/period tak berhenti selepas 15 hari, rujuk balik doktor. mungkin alat perancang yg kita pilih ni tak sesuai dgn kita & doktor akan saran utk pilih yg lain.

Baca lagi
3y ago

betul. saya tak faham apa yg dalam fikiran si ayah. ada yg anak 6 org kereta pun tak mampu beli, duduk rumah parents lg. makan pakai anak terabai tp tak bg isteri ambil perancang. sedih