Hai semua mommy dan admin, saya nak tanya. Setelah hampir beberapa hari saya masih mengalami pendarahan setiap kali saya membuang air, membuang air besar, dan makan, adakah ianya tiada apa-apa yang teruk harus saya risaukan ya? Doktor suruh saya pantau lagi 3 hari, sekiranya berterusan memang perlu ke hospital. Mulanya hanya tompok coklat biasa, tetapi setelah makan ubat pun masih berterusan hingga penampakan darah pekat berlendir keluar ketika membuang air. Apa yang perlu saya lakukan dan tidak perlu ya?
Terima kasih semua.