Menjadi Bapa

Hai saya first time mummy. Apa yang saya perasan sejak mengandung sampai sekarang baby dah dua bulan ni, semua social media mula banyak iklan dan posting pasal parenting, susu baby, dan sebagainya. Dah kurang dah tentang fesyen, kesenian etc (macam feed saya sebelumni) Tapi tadi saya buka explore ig suami, dia punya feed macam sama sahaja. Sebelum jadi ayah dan selepas bergelar ayah. Kita sedia maklum yang media sosial ni dia pakai AI dan algorithm. Apa yang kita selalu tengok, benda tu akan selalu keluar Jadi bila tengok ig suami macamtu, buat saya rasa sedikit kecewa, marah, sedih. Like macam saya sorang je ke yang hari hari baca dan dengar pasal penjagaan anak? Sedangkan feed suami saya banyak berkaitan motor, game, anime etc Okay itu sahaja luahan hati

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

suami saya pun awal2 macam tu, saya pun kecewa sikit, so saya faham luahan sis. apa yg saya buat saya spam dm dia dgn video educational pasal baby dari pregnant sampai bersalin, paksa dia tengok. lepas tu first time pasang carseat sbb nak discharge dari ward,dia silap pasang menghala ke depan patutnya hala belakang, saya bising kat dia, takkan la benda2 basic untuk safety baby pun tak study semua benda saya nak kena bagitahu. lepas discharge dia banyak bantu jaga baby, banyak tanya itu ini pasal baby/parenting. sekarang baby 2 bulan, alhamdulillah feed dia pun byk pasal baby, dan dia mula send video pasal penjagaan baby pula ke saya. lelaki tak sama macam perempuan, kita yg kena cuba pengaruh dia sebab nak tunggu dia inisiatif sendiri tu lambat.

Baca lagi