susu ibu mengandung

hai salam mommyss semua, boleh suggestkan susu ibu mengandung yang baik dan elok tak? yg takada sebarang gula tambahan . klau ade mohon share #firstmom #ingintahu #bantusharing

18 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Susu ibu mengandung yang baik dan elok tanpa sebarang gula tambahan adalah susu ibu organik. Susu ibu organik diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang tidak mengandungi bahan kimia atau tambahan gula. Anda boleh mencari jenama-jenama susu ibu organik yang tersedia di pasaran seperti MommyJoys Organik atau Pureen Organic. Pastikan untuk membaca label produk dan pastikan ia tidak mengandungi gula tambahan. Selain itu, penting juga untuk memperhatikan pemakanan yang seimbang selama tempoh menyusukan anak. Semoga membantu! #firstmom #ingintahu #bantusharing https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Hai sis. Masa saya pregnant hari tu, saya minum susu hl (kotak colour merah yg rendah lemak). Mula-2 masa first trimester minum callamilk lepastu tiba-2 tak boleh telan pulakk then ngam-2 nak masuk second trimester saja try susu hl (actually sebelum pregnant pun mmg dah minum susu tu). Nasib baik sesuai. Alhamdulillah HB pun ok je. Nurse pun ckp ok je minum susu tu asalkan bkan susu tepung sbb susu tepung bnyk campuran gula. Btw kat saya punya fyp tt pun pernah keluar yg susu hl antara susu yg boleh naikkan HB & selamat utk ibu-2 pregnant.

Baca lagi

better minum fresh milk/full cream sahaja. jangan beli yg coklat/susu/kurma sebab tinggi gula. dietitian tak sarankan minum susu tepung khas utk ibu mengandung sebab tinggi kandungan gula. melainkan kalau sis takda gdm atau family history yg ada diabetes boleh la minum mana² brand/jenis susu. setakat ni yg ok susu fullcream farm fresh dan HL. tak minum susu pun takpe. tapi kalau nak juga ada calcium tambahan sis boleh beli pil calcium kat farmasi

Baca lagi
3w ago

agreed, sy mmg amalkn susu full cream HL & susu kambing, alhamdulillah ank sihat & takde kuning langsung

banyak jugak susu yg elok. bnyk suruh minum yg full cream HL tu sbb takda gula and cari mana2 ori susu kambing. Tapi tulah, masa awal2 ni lah paling susah nak telan susu 😩😩 sya bnyk jenis dah cuba, smua tak dpat nak telan . dulu sblum prgnant, sya lah paling suka minum susu2 ni tau. skarang baru paham, knpa org pgrnant susah nak minum susu. 🥲

Baca lagi

saya haritu dr kat klinik swasta bagi sample anmum utk try. tapi saya malas nak bancuh. so cuma minum 1 sachet je. sekali pergi kk, nurse kata jgn minum tu, takut saya sangkut gdm nnti. plus, mmg ada keturunan yg diabetic. nurse suggest minum susu segar brand HL tu. and saya minum tu. tapi tak istiqomah lah sebab tekak ni pun masih mual2 lgi

Baca lagi
3w ago

sy pun minum susu tu spnjng mengandung HB pun ok walaupun bkn minum hari2

hai awk.. better awk tnya nurse or doc kt kk senang consult skali..tp mjoriti mmg xsyorkn mnum ssu.. sy ms ank 1st mnum anmum coklt..mnum gula kli ke2 sgkut gdm kne on diet..ni ank 2nd husb soh mnum jg..kne tgu la 28w nt mnum gula lg skli. tp bc kt situ tnp gula tmbhn yg susu..klu coklt ya. so elakkn mnum coklt. tp mmg yg coklt sedap😂

Baca lagi

Saya dah try semua jenis susu utk ibu hamil. Semua manisss ye tak boleh telan kita wak. Last2 saya minum susu dutch lady low fat. Alhamdulillah gdm tak sangkut. Anak semangat 3.7kg. Kita pun sihat dqn tak pernah hb low. Kalau ikut nurse dia suggest fresh milk. Tapi yg tu kita takleh telan sbb manis sikit. Liw fat je okay

Baca lagi

sis beli susu HL atau fresh milk/full cream. kalau susu ibu mengandung tinggi gula. lagi2 sis GDM. kalau bolehlah. sy minum HL atau full cream. haritu pergi dietitian, dia pn tak suggest kan susu ibu mengandung

pd pendapat sy, kena tanya dktr atau nurse yg jaga awak, x boleh sebarangan ikut org atau feedback2 produk sebab sy sndiri cmtu, last2 sangkut gdm.. sbelum ni x minum susu ok je 😫

sy dlu ada beli jgk susu ibu mengandung xigt brand apa tp last2 sy xminum pun sbb kandungan gula tinggi, sy beli susu kotak hl fresh milk