Hai. Nak tanya. Saya dah tak dtg haid 3 bulan. Sebelum lewat haid 3 bulan tu saya ada ke klinik, untuk scan rahim sbb sy lambat haid 2 minggu pada bulan 12.2022, tapi 4 hari kemudian sy dtg haid, doktor cakap mungkin masalah hormon. Cuma yang skrg ni, sy dh 3 bulan tak datang haid, dan dekat perut bahagian bawah saya tu kadang2 rse mcm cramp sikit. Perut saya rasa mcm x selesa. Sy dh check UPT, negatif. Saya rse sakit belakang, kembung dan x selesa perut bawah, selalu lapar. Simptom ni dh dekat 2 minggu. Selama 3 bulan ni, setiap kali cycle saya yang ke 25-26 akan ada spotting setitik dua lepastu period sy x dtg. Untuk bulan seterusnya pon mcm tu, spotting je 2 hri (setitik dua) tapi still x period. Dah 3 bulan mcm ni. Patut saya pergi scan dekat doktor lagi ke sbb saya baru scan, x sampai 4 bulan pn lgi? Atau memang kalau ada masalah hormon mmg kadang2 perut rasa cramp, sakit belakang dan sebagainya ke?