Hormone Problem?

Hi semua! Saya last period bulan 12.2022. Sekarang dah 17.04.2023, saya masih x period lagi. Tapi sepanjang tempoh ni, setiap cycle day yang ke 26-27 mesti saya ada spotting (1 titik, 2 titik) dan stop mcm tu je. So yang betul2 saya period, bulan 12 tu je yang turun darah mcm biasa. Saya dah pergi klinik swasta scan, dia cakap mungkin masalah hormon, so doktor sarankan makan ubat perancang (Mercilon 21 days) untuk stabilkan hormon saya. Cumanya doktor ckp lepas habiskan 1 papan pil perancang tu, dlm masa 3 hari, saya akan period. Tapi sy dah habis mkn pil tu dh hari ke 6 masih x period lagi. Still sama je mcm sebelum ni. Yang saya mcm tak tahan tu, saya punya breast ni mcm sakit la. Pegang pon sakit, selalu saya ada simptom ni 2-3 hari sebelum period. Tapi saya dh 2 bulan ni, hari2 sakit breast. Saya ada tanya doktor tu, dia ckp memang normal sakit breast kalau ada masalah hormon. Sblum mkn pil perancang tu pon mmg dh start sakit breast, semasa makan pil pon sama, selepas dh hbis consume pil tu pon sama. Mcm xde perubahan apa2. Ada tak yang pernah jadi mcm saya? Sebelum saya consume pil perancang ni, mmg dh 2 kali saya scan dengan klinik swasta, doktor cakap takda apa2 pon. Mungkin mslh hormon. So skrg saya tak tahu, patut ke sy pergi klinik lagi atau saya biar je keadaan mcm ni?

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Ya, awak perlu pergi klinik semula. Awak pergi klinik biasa atau klinik pakar sakit Puan?

2y ago

Ohh kena pergi semula sis. Awak dah ada record kat klinik siti

pergi klinik balik