period selepas bersalin

hai nak tanya ada tak mommies yang belum habis pantang, menyusu badan, ambil perancang (saya ambil injection depo) dah start period awal sebelum habisnya 44 hari tu. adakah period secara regular dan normal atau tak sesuai pada ubat perancang yang diambil ? sebelum ni saya pernah ambil lepas pantang anak pertama dan bleeding 2 bulan tak stop. dr kata normal sebab badan nak sesuaikan dengan hormon ubat. saya curious sebab kata ramai mommies mereka period lambat sebab menyusu badan, tapi saya tak pasti sebab first pengalaman menyusu badan dan setiap badan orang berbeza beza.

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Kena beza darah haid dan darah nifas. Max haid 60 hari. Jika darah nifas berhenti 15 hari 15 malam berterut-turut, darah hari ke 16 tu dikira haid. Pendapat peribadi saya, nak ambil perancang yg kacau hormon ni kan, better ambil selepas 60 hari bersalin, so, kita dapat bezakan darah haid / darah penyakit. Kalau kita ambil perancang dlm tempoh 60 hari bersalin, uihhhhh celaru mental fizikal.

Baca lagi