Kurus walaupun susukan anak..
Hai momy2 blh sharex tips nak kurus wlwpun menyusukan baby, sy rasa down sangat bila naik pjbt org kata sy gemuk lagi wlwpun dah beranak, sy dah besalin anak ke3 kali ni susah betul nak susutkan badan..Siapa xnk kurus kan tapi org2 ni suka perli bila nampak kita gemuk..org yg tegur saya tu pun gemuk & xpernah beranak lagi..

First of all, tahniah kerana telah melahirkan 3 anak yang sempurna. Badan awak telah melakukan keajaiban yang tak ramai wanita dapat lakukan. Second, mulut orang tak akan dapat ditutup. Awak kurus ke, gemuk ke, cantik ke, hodoh ke, kaya ke, miskin ke, mesti akan ada orang nak kutuk. Sebab memang hati dia jahat. Kalau betul lah dia kawan kita atau keluarga kita, mereka terima seadanya. Kita gemuk tu menyusahkan dia ke? Kita gemuk tu ada buat dia sakit ke? Takde kan? Awak bersabar ye. Kalau saya, dah lama saya balas balik ‘ala kau gemuk sebab makan. At least aku gemuk sebab pernah beranak’. Eeeii geram pulak. Anyway tapi kalau betul awak nak turunkan berat, cuma kena banyakkan bersenam, kurangkan makanan segera dan air bergas. Nasi boleh makan takde masalah tapi janganlah portion sampai 2 pinggan. Amalkan yang sihat. 1/4 nasi, 1/4 protein dan 1/2 sayur.
Baca lagi