Baby tolak susu botol lepas demam & warded
Hai moms. Nak minta pendapat semua. Baby sy baru genap 4 bulan. Minggu lepas demam panas & batuk berkahak sampai warded 4 hari. Dekat hosp, baby on oksigen:m & dr ada bagi ubat tidur untuk tenangkan baby biar oksigen dapat masuk paru2. Masa dekat wad, baby tak demam dah, cuma batuk. Bila keluar wad, baby demam semula, suhu paling tinggi 38.7😓 demam 2 hari. Sy ada bagi ubat demam sebab suhu tinggi sangat. Few houra lepas tu, dia berak tapi warna najis tu putih campur kuning. Lama2 jadi hijau, lepas tu hijau kuning. Sy ada perasan lepas demam, baby taknak susu botol. Sebelum ni takde masalah pun🥺 sampai skg masih taknak, kalau paksa pun sikit je dia hisap then tolak. Skg berak air. Tapi baby takde meragam macam sakit perut ke apa. Please help. Kena tukar susu ke macam mana? Atau effect ubat2 yg baby makan? 🙏🏻