Sakit contraction
Hai mommy2.. sakit contraction tu macam mana ye rasa dia? Sebab sekarang saya 33 week tapi kerap rasa sakit macam menyucuk kt sebelah kanan atau kiri bawah perut.. itu ke sakit contraction palsu yg org selalu cakap?#firstmom #ingintahu #firstbaby
kebiasaanya kalau temph 33 minggu, baby akan selalu betulkan kedudukan dia. baby akan semakin menurun. betulkan badan dia, masuk "jalan" untuk keluar nanti. normally 33 minggu masih lagi awal kalau ikut pada kebiasaanya. tapi ada juga orang yg bersalin awal. mcm mana nak tahu, false contraction atau tak? kena kira berapa kali rasa sakit tu datang. dan setiap kali rasa sakit tu datang berapa lama. lepas tu kira pula gap dia dengan next contraction. kalau selang 15 minit, dan kekerapan itu makin rapat. contoh; memula 30 minit. lama tu... jadi 25 minit... lama tu jadi 20 minit. maksudnya gap dia dah makin rapat. better dah pegi hospital. tu memang dah masanya tu. rasa sakit contraction ni tak sama pada tiap2 orang. mcm mak saya dia kata sakit sangat pinggang belakang dia. mcm orang pukul2 dengan kapak. manakala saya pula, rasa sakit perut mcm kena cirit birit. memula tu ada laa sikit membuang kat jamban. tapi lepas tu dah xde apa nak dibuang. tp perut still rasa memulas mcm cirit birit. kekerapan dia makin lama makin rapat. so, dah tau.. nak bersalin laa tu. berapa minit kekerapan tiap kali contraction, baru nak ke hospital? hmm .. pada saya kalau dah setiap 40 minit, better siap2 untuk ke hospital. manalah tahu kalau jem, nak cari parking atau masa register tu nanti ramai orang. atleast kita awal sikitlah. normally first baby lama sikit untuk bukaan dia tu. sebab "jalan" baru nak pav. first time kan. kalau dh anak ke 2 dan seterusnya insyaallah tak lama sangat biasanya. apa yg penting, time sakit2 tu.. KENA MAKAN. get ur energy. nanti nak teran xde energy pulak sebab dah penat duk tahan sakit je. nak teran, energy dah habis. harap membantu 😊
Baca lagisakit contraction bg sy memang sakit yg betul² seksa. semua serba tak kena. masa bersalin anak ke 2 dulu,sy pusing ke kiri,ke kanan,baring,sujud semua serba tak kena. Allah sja yg tahu sakitnya mcm mana. walaupun cuma 4 jam sja sy rasa sakit,tp sy betul² tak tahan. masa tu sy tak dpt solat isyak sebab nak berdiri pun susah.
Baca lagiBole pergi hospital cek, sy perut mengeras 10-1 on off mengeras, pergi hsptl rupany mild contraction, kalau konfius bole je ckp kt doc/nurse awak first mom xtau contraction tu sakit mcm mn, sy ckp je dkt nurse sy xselesa, tp xtau contraction tu mcm mn, dorang akn tlg rasa perut kita n kira berapa lama mengeras
Baca lagiSkit mcm pinggang nk berpisah dgn bdn 😂 sakit yakmat dia dtg 5@10mnit sekali.. haritu kena false contrction dlm 15 mnit jgak nk tahannn. And dh start risau sbb xkms lg brg2 😂 Igtkan dh nk bersalin rupanya false cntrction sahajaaaa…
ye betol tu sis itu contraction palsu,klu betol2 sakit punye tu setiap 5mnit je sakit mcm sengugut lpas tu kerap ke toilet berak or kencing,sakit pinggang melampau,duduk serva xkena blh siap2 pegi spital terus tu mungkin dh nk bersalin
Tak pasti tp boleh pergi klinik nnt nurse akan rasa perut awk samada awk sdg alami kontraksi/bkn & cek bukaan. Kontraksi nak bersalin yg sebenar akan sakit bermula drp atas rahim. Kontraksi tu akan bantu tolak bayi ke bwh utk keluar.
Selang 5min akan sakit, mengeras, sakit badan sampai tulang, nak bernafas susah, nak gerak susah, bawah rasa nak tercabut.
Mommy of 1 daughter and 5 fun loving son