10 Balas
Sama mcm sy.. Sy pun menantu yg dizalimi mak mertua.. Baru dua hari nikah..sy dimaki hamun dgn adik ipar mcm org x ada harga.. Hanya kerana suami bawa sy 1st night dihotel.. Sedih, suami hanya tengok jer sy diserang & dimaki hamun keluarga dia.. Mentang² sy yatim piatu x ada ibu bapa.. X ada adik beradik... Pagi raya, sy dimaki hamun lagi mak mertua hanya kerana brg kat dapur sy guna.. Sy disuruh tinggal kt rumah mertua.. Mertua x benarkan duduk sendiri.. Tp bila brg dlm rumah sy guna, kena maki pula... Bayangkan 1st time nak raya dgn mertua tp pagi raya sy dimaki hamun.. dia kata klau dah menumpang buat cara menumpang! Sy x menumpang pun.. Dia yg x bagi sy duduk sendiri... Sedih sgt²... Masa kawin, suami nak bawa sy gi honeymoon berdua² pun dia x bagi... Dia ikut kami gi honeymoon... Bayangkan la.... Tp paling sedih... Dia paksa sy & suami bayar duit tiap² bulan kt dia smpai kami x cukup duit nak mkn.. Konon hutang masa kawin.. Pdhal kami x mahupun berhutang.. Dia yg membazir buat mcm² lepastu paksa kami bayar dgn jumlah yg zalim... Bila x bayar, dia nak pegang kad bank suami... Dia kata jgn jd anak derhaka...Sy skrg tgh mengandung 3bln... Kami langsung x ada duit untuk persiapan sambut kelahiran baby ni....akibat kena bayar pd ibu mertua yg gila! Lebih dasyat, duit hantaran & mas kawin sy dia suruh bayar balik kpd dia secara ansuran selama setahun... Pernah ke u all jumpa pengantin perempuan kena bayar balik duit pihak lelaki????? Masa hari kawin..org dtg sedekah duit untuk sy... Org pesan suruh smpaikan pd sy... Tp ibu mertua sy ambil semua duit² tu dan x smpaikan pun pd sy... Tergamak dia makan harta anak yatim... Skrg ni hati sy pun dah tawar... Rasa mcm nak berpisah jer.. Suami pun dah lama abaikan nafkah batin... Knp kawin tp menganiaya & menzalimi? Kata nk tolong perempuan yg yatim piatu... Sy x bahagia pun....
Suami sis kena slow talk dgn mak pak dia actually. Dia kena mainkan peranan penting dalam hal ni. Taat kepada ibu bapa tidak boleh sampai menzalimi isteri sendiri. Parents dia pun kena faham jugak lah. Kalau tak mampu jaga, pulangkan balik dengan cara baik. Takkan kita nak duduk situ pulak, lagi byk masalah. Sedangkan dlm islam, anak yg sudah berkahwin kena tinggal asing dari parents. Kesian sis, moga sis kuat ye. Nak minta husnudzon kata mak rindu, nak bg kasih syg pun tak boleh jugak. Lama betul. Kita pun ada hak kita. Sis bincang dengan suami sis lek lok ye. Yang penting, sabar dan solat
Hmmm,,xda istilah berdosa derhaka smua la sis ,,yg menilai ALLAH bkn diorang,,kalau suami ada otak dia boleh fikir
Sedihnya klu mcm ni sis .. suami pn mgkn terperangkap jg dgn situasi antara keluarga & isteri..tp dr cerita sis, sy simpulkan suami lebih pentingkan perasaan mak bapa dia dr isteri & anak sendiri. If sy di tempat sis, sy lebih rela balik rumah sendiri. Tinggal bersama mil & fil yg perangai mcm tu akan buat kita lebih stress. Utk suami, klu dia nak sgt ikut kata mak bapa dia, okay ..bagi masa setahun ke, sementara tu kita berdoa agar keadaan lebih baik nti tp dlm masa yg sama siapkan diri jg utk terima perkara buruk yg mgkn boleh berlaku... Bertabah la sis demi anak..
Sama mcm saya sis. Serius sama. Nk nangis je rasa. Rasa mcm takpelah, rasa mcm perampas pulak amik anak org. But at the same time, tu suami aku tu 😭😭 bg la balik. Dia je tempat aku bermanja. Actually banyak sye dgr ceramah2. Mak2 ni bila anak dh kahwin kena bagi peluang anak hidup dengan pasangan masing2. Mak2 pun pernah berkahwin, mestilah faham. Jangan zalimi menantu. Tp pk balik. Siapalah lah kita ni, org luar je. Kadang rasa nk bawa diri je dgn anak. Moga kita sama2 kuat ye mummy. Doa sama2 moga Allah lembutkan hati mak mertua kita.
Allahu klu saya kat tmpt sis xthu laa cmne tpi alhamdulilah setakat ni family belah laki ok
Jika nak kata syurga neraka, pahala dosa.. Mil awak tu kena sekolah kan, jangan disebbkan anak lelaki dia dah nikah kena dengar kata mak sedangkan anak dia tu dah ada tanggungjawab lagi besar. isteri anak jika terabai tidak bertanggungjawab, hadap la di mahkamah Allah kelak.. Jadi lelaki kena tegas lahh, belajar ilmu islam.. Klau Parents dah masuk campur dalam rumah tangga anak, boleh musnah mcm tu je.. Semoga dipermudahkan segala urusan awak dalam mempertahankan rumahtangga awak. In syaa Allah.
Allahu berat dugaan, kenapa lah perangai macam tu dah tua tua pun. Tak reti la saya nak cakap, kalau tak boleh ajak bincang mil fil tu slow talk la dgn husb, cakap dgn dia abaikan bini pun berdosa, ingt apa dahlah pepenat mengandungkan anak dia sesenang je semua tinggal kita sensorg hadap smpai demam pun takleh nak jaga. Rasa nak mencarut je dgr. Tabah ye sis, moga mereka dpt hidayah dan urusan dipermudahkan 🤗❤️
suami u patutnya kena tegas skit.. bkn dia da niat pn nak jdi anak derhaka.. wanita bernama isteri pun tdk patut tau d lukai atau ditinggalkan bersedirian lebihan lagi sarat mgandung da.. biarkn ja mil tu.. suami yg ptt buat keputusan bkn nya ikut ckp mak dia ja.. lgipun dia x bniat smua tu.. mil u sepatutnya malu mna blh dia ikat ank dia yg da kawin da.. hmmmm
Sy tahu ape perasaan awk bile kite dlm keadaan berbdn Dua ni, selalu nk sumai berada dgn kite, tp bile berjauhan kite rasa bermcm2 perasann, sy doa kn sis dgn baby sihat, sbb bile kite berkeadaan mcm ni, lagi2 selalu dlm keadaan sedih, syitan ske sis, hope sis kuat ye..bnyk kn berdoa, istifar inshallah Allah akn bgi sis kebahagiaan nnt😉
Dia klu mentua yg ada agama dia leh pikir bnda tu dosa ke x...klu situasi mcm ni better awak rujuk ke kes syariah je mintak pendapat dan kaunseling dari org sne...sbb awak isteri dia dia kne jln kan tnggungjawab..mmg mak tu syurga dia tpi jgn sebab tu dia abaikan ank bini...suami u kne tegas xleh laa ikut je ckp mak dia....
mcm lbih kurg mcm ksh sy je..tp ad sorg polis ni kata klu ad msalah mcm ni kena buat aduan kt jabatan agama
nanti kena kaunselingkan.. sebnrnye Mil x boleh terima kenyataan yang ank dia dh nikah.. sebelm nikah mil x ada pakse2 suami suruh buat ni buat tu.. tapi tak tahu kenapa bila dh ada ank ni dh ada keluarga sendiri semua x kena... ..
Anonymous