6 Balas
awak boleh baca penerangan doctor imelda balchin pakar o&g sendiri😊 mcm sy dr dlm pantang minum air sejuk dan ais. makanan pon sy xde pantang pape. selagi sy xde alergik dgn mknn sy mkn je. baby sy fully susu bdn. skrg dh 8m. alhamdulillah baby okay saja. Fakta atau Mitos? Soalan: "Prof Imelda, betul ke ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan bayi tak boleh minum air sejuk atau air berais, nanti bayi dapat selsema?" Jawapan: Ini ialah MITOS Mai nak habaq. KENAPA BAYI DAPAT SELSEMA? Bayi mendapat selsema sebab jangkitan virus di hidung dan kerongkong bayi, bukan sebab ibunya minum air sejuk atau air ais. BAGAIMANA VIRUS BERJANGKIT KEPADA BAYI? Ini ialah melalui: A) Sentuhan, dari tangan orang lain yang ada virus kepada mata, hidung atau mulut bayi atau ciuman, dari orang lain yang ada virus kepada bayi. B)Udara, bila orang lain yang ada virus itu batuk atau bersin ke arah bayi. C) Permainan, yang disentuh oleh orang yang membawa virus, dan kemudian diambil oleh bayi dan dimasukkan ke dalam mulutnya. JIKA IBU MINUM AIR BERAIS, ADAKAH SUSU IBU MENJADI SEJUK? Jawapannya ialah tidak. Susu ibu yang keluar dari payudara ibu sentiasa panas. Suhu susu ibu adalah sama panas seperti suhu darah ibu sebab manusia ialah mamalia berdarah panas. Tidak kiralah ibu minum air panas atau air sejuk, susu yang ibu buat untuk bayinya tetap panas juga. Bayi akan sentiasa mendapat susu panas bila menyusu terus dari payudara ibu. APA BERLAKU KEPADA AIR AIS YANG DIMINUM? Manusia ialah mamalia berdarah panas. Suhu badan manusia telah ditetapkan di antara 36.5-37.5 C. Badan manusia akan sentiasa menjanakan haba untuk menetapkan suhu badan yang sama. Bila ibu minum air ais, air ais ini akan menyentuh permukaan panas di dalam mulut, lidah, kerongkong dan di dalam perut manusia yang panas. Bila apa-apa yang sejulk bertemu dengan apa-apa yang panas, tenaga haba akan bergerak dari permukaan panas ke arah sejuk sehingga suhu kedua-duanya menjadi seimbang. Jadi, di dalam masa 5 minit saja, haba dari permukaan badan yang panas akan memanaskan air sejuk yang diminum sehingga menjadi suhu yang sama dengan suhu badan manusia. ADAKAH AIR AIS YANG IBU MINUM TERUS MASUK KE DALAM PAYUDARA IBU? Apa yang ibu minum tidak boleh terus masuk ke dalam payudara ibu. Apa yang ibu minum akan masuk ke dalam perut ibu. Apa yang masuk ke dalam perut ibu akan menjadi suhu badan ibu dalam masa beberapa minit saja. Dari perut, makanan dan minuman dihadamkan dulu sebelum diresap ke dalam saluran darah kecil yang mengelilingi perut dan usus ibu. Khasiat di dalam susu yang dibuat oleh kilang susu di dalam payudara ibu, datangnya dari darah ibu yang ditapis dan diproses oleh kilang susu untuk menjadi susu. BAGAIMANAKAH NAK MENCEGAH BAYI DARI DAPAT SELSEMA? A) Jangan benarkan orang beramai-ramai datang melawat bayi yang baru lahir, terutama sekali jika orang lain ada selsema 😎 Jangan benarkan orang lain cium bayi. C) Bersihkan tangan selalu, terutamanya sebelum pegang bayi. D) Jika batuk dan bersin, jangan batuk atau bersin ke arah muka bayi. E) Bersihkan permainan bayi. JIKA IBU DAPAT SELSEMA, BOLEH KAH IBU MENERUSKAN PENYUSUAN BAYI? Jika bayi dapat selsema, apa yang terbaik untuk menyembuhkan bayi ialah melalui penyusuan ibu. Jika bayi ada selsema, ini bermakna bayi ada jangkitan virus. Virus itu terjangkit dari orang di sekeliling bayi itu yang membawa virus itu, bukan dari air sejuk atau air ais yang ibu minum. Sudah tentu ibu pun dah terjangkit virus yang sama dengan virus yang bayi ada, sebab ibu lah paling dekat dengan bayi, maka badan ibu akan membuat antibody melawan jangkitan virus yang menyebabkan selsema itu. Antibody dari darah ibu akan masuk ke dalam susu ibu untuk diberikan kepada bayi. Bayi akan mendapat perlindungan dari ibu melalui susu ibu. Jangan salahkan ibu dan jangan kecam ibu yang menyusukan bayi. Hakikatnya ialah ibu lah yang memberi perlindungan kepada bayi. . KENAPA BAYI DAN ANAK-ANAK KECIL LEBIH SENANG NAK DAPAT SELSEMA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN ORANG DEWASA? Bayi dan anak-anak kecil sangat senang dijangkiti virus yang menyebabkan selsema sebab mereka tidak pernah ada immuniti untuk badannya melawan jangkitan virus ini. Tidak kira lah apa ibu makan atau minum dan tidak kira lah suhu air yang ibu minum, bayi akan senang dapat selsema juga. Sekali bayi dapat selsema, badan bayi akan membuat antibody melawan virus ini dan boleh sembuh sendiri tanpa ubat. Selepas sembuh, bayi ini tidak akan dapat selsema lagi sekali dari virus yang sama sebab badannya sudah pandai melawan virus ini. Tetapi, ada lebih dari 100 jenis virus yang boleh menyebabkan selsema, sebab inilah bayi dan kanak-kanak kecil boleh dapat selsema berkali-kali dalam setahun dari beberapa jenis virus yang berlainan. Virus yang paling kerap sekali menyebabkan selsema ialah Rhinovirus. Jika dah banyak kali mendapat selsema semasa kita kecil, bila sudah besar kita sudah immune kepada banyak virus ini dan hanya akan dapat selsema bila dewasa sekiranya dijangkiti oleh virus lain yang kita tak pernah kena jangkit bila kita kecil. Sebab inilah semakin dewasa, semakin kurang masalah selsema kepada orang dewasa bila dibandingkan dengan anak-anak kecil. APAKAH SIMTOM ATAU GEJALA SELSEMA YANG BAYI BOLEH DAPAT? Jangkitan virus itu boleh menyebabkan gejala hidung berhingus, hidung tersumbat, batuk, bersin, demam, lebih banyak menangis, lebih susah tidur dan susah nak hisap susu sebab hidung yang tersumbat. PERLUKAH AMBIL UBAT KALAU BAYI DAPAT SELSEMA? Bayi boleh sembuh dari selsema tanpa ubat tetapi kita hanya perlu membantu menurunkan suhu badan yang terlalu tinggi jika demam, bantu mengurangkan masalah hidung tersumbat untuk pernafasan yang lebih selesa. Kalau tak demam dan tiada masalah pernafasan, maka tak perlu apa-apa ubat. Teruskanlah penyusuan dengan susu ibu yang memberi bayi perlindungan supaya lebih cepat sembuh. BILA NAK BAWA BAYI JUMPA DOKTOR? Bawalah bayi anda berjumpa dengan doktor sekiranya demam, susah bernafas, ada hingus berwarna hijau, menangis dan tidak mahu minum susu, sentiasa batuk, batuk sehingga muntah. SEKIRANYA ANDA DAPAT SELSEMA, KENAPA TIDAK DIGALAKKAN MINUM AIR SEJUK SEHINGGA DAH SEMBUH DARI SELSEMA? Sebab bila kita sudah dapat selsema, sel-sel interferon dalam badan kita akan melawan virus di dalam badan. Sel-sel badan kita berfungsi dengan lebih sempurna melawan penyakit bila badan kita lebih panas. Jadi kalau dah dapat selsema, kita boleh membantu badan kita sembuh dengan lebih cepat dengan minum dan makan yang suam supaya badan kita tak perlu menjanakan lebih haba untuk memanaskan air minuman yang sejuk. Tetapi jika kita tiada selsema, kita tak boleh dapat selsema melalui minum air sejuk atau air ais, maka kita boleh minum air sejuk atau air ais. SEKIRANYA BAYI YANG MENYUSU SUSU IBU DAPAT SELSEMA, BOLEHKAH IBU MINUM AIR SEJUK ATAU AIR AIS? Jawapannya boleh. Walaupun ibu minum air sejuk atau air ais, suhu susu ibu sentiasa panas. KENAPA ADA ORANG BOLEH DAPAT BATUK-BATUK BILA MINUM AIR SEJUK WALAUPUN TAK ADA SELSEMA? Jawapannya ialah jika anda ada lebih kecenderungan untuk mendapat asthma, anda akan lebih senang terbatuk bila minum air sejuk, sebab tindakbalas badan anda ialah kekejangan saluran pernafasan yang dinamakan bronchospasm. Jika anda tiada masalah ini, maka tiada masalah minum air berais. Jika anda ada masalah ini, anda akan dengan sendirinya akan rasa tak selesa minum air sejuk dan lebih suka memilih minum air suam. Kesimpulannya: Kalau ibu nak minum air ais atau air sejuk semasa ibu hamil atau semasa menyusukan bayi, ini tidak memudaratkan kesihatan bayi. Ikut suka ibulah kalau nak minum air sejuk atau air suam atau air panas. Yang penting, orang di sekeliling ibu dan bayi janganlah merokok jika pentingkan kesihatan ibu dan kesihatan bayi. Jika anda risau tentang kesihatan bayi anda, sila bawa bayi berjumpa dengan doktor. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Professor (Clinical) KPJ University College Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia Marathon runner
boleh baca item no 4 Bila confinement lady bersalin dengan saya, saya bagi nasihat amalan kesihatan terbaik selepas bersalin: 1) Boleh makan semua jenis sayur-sayuran, semua jenis buah-buahan, seafood, telur, ayam, daging yang biasa dimakan, selagi tiada food allergy. Tak payah pantang-pantang makanan berkhasiat. Telur, ayam dan seafood bukan penyebab nanah atau kegatalan - itu hanya mitos. Janganlah mengharamkan makanan sihat yang halal. 2) Boleh minum air secukupnya, 2-3 litre sehari, boleh minum susu, boleh makan lauk berkuah, boleh minum soup-soup. Minum air bukan penyebab faraj becak - itu Mitos. Faraj becak hanya berlaku di zaman dulu jika ibu terpaksa teran berhari-hari dan bersalin di rumah tanpa bantuan doktor dan ada koyakan yang teruk kepada pundi kencing. Inilah obstetric fistula yang masih lagi berlaku di negara Afrika zaman sekarang di mana 50% ibu masih lagi bersalin tanpa kehadiran bidan bertauliah atau doktor perubatan. 3) Untuk sarapan pagi, boleh makan roti, boleh makan breakfast cereals, boleh makan oat porridge, boleh makan bubur, boleh makan nasi lemak, boleh makan capatti, boleh makan tosei, tiada larangan pun. Makan roti bukan penyebab rahim kembang - itu hanya Mitos. Bila yis dimasak, sel yis akan mati dan berhenti berkembang bila roti sudah siap dimasak. 4) Nak buat susu secukupnya untuk bayi, ibu perlukan 500 kalori tambahan sehari jadi jangan sekat-sekat apa ibu makan supaya ibu boleh berjaya exclusive breastfeeding untuk 6 bulan sebelum bayi boleh mula makan. Susu ibu ialah susu terbaik walaupun bayi ada jaundice, kembung, demam, cirit-birit, selsema, susu ibu tetap terbaik. Selagi ibu boleh membuat cukup susu untuk bayinya, selagi itu tak perlu pun susu formula. Cara terbaik untuk ibu turun berat badan ke saiz sebelum mengandung ialah dengan breastfeeding dan amalkan PEMAKANAN SIHAT. Tak payah menyekat makanan-makanan sihat untuk ibu yang menyusukan bayi. Kalau nak pantang makan, pantanglah junk food, bukan pantang makanan sihat. 5) Bayi hanya perlukan tambahan susu formula atas nasihat doktor jika ada masalah hypoglycaemia (bacaan gula rendah) selepas bersalin, jika ada dehydration, jika ibu ada masalah menyusukan bayi atau jika susu ibu tidak mencukupi. 6) Ibu boleh tidur apa-apa posisi yang selesa untuk ibu, tidak kira bersalin Caesarean Section atau bersalin normal, nak tidur mengiring pun boleh, nak tidur baring pun boleh, tiada halangan selagi ibu selesa. Jangan bimbang rahim senget ke tak senget, itu bukan satu masalah kesihatan dan rahim akan tetap mengecut ke saiz asalnya dalam masa 4 hingga 6 minggu selepas bersalin juga, tidak kira apa posisi tidur ibu, tidak kira bersalin Caesarean Section atau bersalin normal, tidak kira mengurut rahim atau tidak dan tidak kira pakai bengkung atau tidak. Selepas 6 minggu, selagi tiada fibroid, semua rahim mengecut ke saiz yang asal selepas bersalin. 7) Hanya untuk ibu yang ada risiko tinggi venous thromboembolic disease iaitu risiko darah beku di dalam saluran darah, saya akan cadangkan TEDS (thrombo-embolic disease stockings) untuk membantu pengaliran darah jika ibu tidak berjalan-jalan, tetapi untuk ibu-ibu lain ikut suka lah nak pakai setokin atau tidak di dalam rumah sendiri. 8)Ikut suka dan keselesaan ibu nak pakai baju tebal ke nipis, nak pakai seluar ke kain, nak pakai bengkung atau tidak, nak mengurut atau tidak, nak bertunku atau tidak, nak buka kipas ke tidak, nak buka aircond ke tidak, nak minum air sejuk ke panas, nak minum air ais atau tidak, nak ikat rambut tocang ke tidak. Tiada paksaan atau larangan. Minum ais bukan penyebab rahim kembang atau becak - itu Mitos. 9) Jangan tak mandi dan tak basuh rambut sebulan ya....kebersihan diri itu sangat penting untuk kesihatan fizikal dan emosi. 10) Tak perlu paksa ibu-ibu makan jamu yang tidak pernah pun terbukti memberi kesihatan yang lebih baik untuk wanita. Tradisi makan jamu ini datangnya dari Jawa tengah dan bukannya amalan berjuta-juta wanita di seluruh dunia. Berjuta-juta wanita di seluruh dunia tak makan jamu pun sihat juga. Sudah ada kajian di Indonesia yang menunjukkan 23 dari 25 jamu yang dikaji mengandungi bahan kimia dari tumbuhan yang boleh memudaratkan hati jika diambil setiap hari untuk jangkamasa panjang. Hanya ada 7 pantang: A) Pantang semasa darah nifas dari bersolat, berpuasa dan hubungan kelamin sehingga darah nifas kering dan berapakah hari nya berbeza untuk setiap individu (bukan pantang 44 hari). Jika hendak menjarakkan kehamilan, gunakanlah kaedah merancang keluarga yang berkesan. Jika tidak bersedia untuk hubungan kelamin, ajarlah lelaki menjadi suami yang penyayang yang memahami isteri. Hal rumahtangga suami-isteri ialah urusan mereka sendiri, bukan urusan acik bawang nak suruh pantang bersama berapa hari. B)Pantang merokok dan asap rokok (termasuk vaping) C) Pantang minum alkohol D) Pantang makan ikan besar laut dalam yang ada lebih pencemaran mercury yang tinggi seperti ikan ikan jerung, ikan swordfish/todak, ikan marlin, ikan king mackerel, ikan tuna besar. E) Pantang makan Junk food. Apa yang terbaik ialah elakkan makanan segera, makanan berproses, makanan tinggi garam dan pengawet, makanan dan minuman yang tinggi dengan gula tambahan untuk seumur hidup. Sekali-sekala boleh lah merasa tetapi jangan biasakan makan junk food sebagai amalan hari-hari. F) Pantang Stress: Jangan menyusahkan diri sendiri jika tak mahu buat apa yang tak perlu buat. Jangan benarkan diri anda dibuli oleh acik bawang. Tiada makanan atau minuman penyebab bentan - itu hanya Mitos. Jika ibu ada pendarahan banyak, jangkitan bakteria, demam, kemurungan, meroyan, buasir yang teruk, sembelit, bengkak susu sehingga demam, varicose veins, tekanan darah tinggi, diabetes, masalah darah beku di dalam saluran darah atau apa-apa masalah perubatan, doktor akan beri nasihat rawatan. Tak payah percaya kepada penjual jamu yang ambil gelaran bidan tanpa tauliah perbidanan, tanpa pendaftaran perbidanan dan tak pernah pun memberi perkhidmatan menyambut kelahiran bayi tetapi mereka kata mereka ada lebih pengalaman menjaga ibu selepas bersalin dari doktor pakar O&G. Jika ibu-ibu selepas bersalin ada masalah seperti di atas, yang merawat mereka ialah doktor O&G, bukannya penjual jamu yang menyalahgunakan gelaran bidan. Kami doktor-doktor tidak akan membenarkan ibu yang bersalin yang ada masalah kesihatan pulang ke rumah sehingga sembuh. Bila pulang ke rumah, ada lawatan dari jururawat masyarakat untuk memantau kesihatan ibu dan bayi, sebab ini bukannya tugas penjual jamu yang ambil gelaran bidan yang bukan pun pengamal kesihatan bertauliah. Jika didapati ibu atau bayi tidak sihat, jururawat masyarakat akan membawa ibu dan bayi kembali ke hospital untuk rawatan dengan doktor juga, bukan bawa ke penjual jamu yang membuat tuduhan palsu bahawa doktor pakar gynae tiada pengalaman menjaga ibu selepas bersalin. Patient confinement lady saya kata kat saya OK, memang dia memilih nak ikut nasihat saya. Dia kata sebenarnya dia tak amalkan adat berpantang pun untuk diri sendiri, hanya kalau client memilih untuk berpantang cara tradisional dia akan memberi perkhidmatannya. Ooooo saya jawab serupalah macam saya, kalau patient nak beranak 10 kali, ikut suka dia lah, saya akan memberi perkhidmatan menjaga kesihatan ibu-ibu ini, tetapi saya sendiri tak mau lah bersalin sampai 10 kali. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua.
Kembung ni puan boleh jadi sebab pemakanan “berangin” yg ibu makan (kalau baby menyusu badan) and juga boleh berpunca dari cara kekerapan baby menyusu. Cara penyusuan juga boleh jd faktor baby kembung. Tp baby newborn mmg akan kerap kembung. Boleh belajar teknik urutan buang angin utk baby melalui youtube.
saya makan je apa2 yg ada depan mata asalkan makan tu saya tak gatal anak tak gatal. setakat ni anak 15bulan ni tak da kembung pun, masa 1bulan dulu je lah ada sikit tp kalau urut ILU tu kentut sikit dah tak kembung dah
rasanya ada betulnya jugak .. saya cirit birit salah makan n menyusu badan , baby saya pun cirit birit jugak ..
Tak betul you.
Anonymous