Keguguran
Hai mommies sy nk tnye, if kite gugur, sebelum gugur habis tu symptom pregnant mcm mual ke, heartburn ke, sakit dkt breast tu semua masih rasa lagi atau mmg tak ye?

Saya gugur bulan 4 hari tu di week 11. Saya bleeding teruk and di wad bersalin doc ada cucuk ubat kecutkan rahim, and terus stop bleeding saya, tinggal sikit2 sahaja. Lepas gugur esknya terus rasa kempis, tidak breast sya agak sakit dan cekang sebelum tu. Berat saya drop jugak, sbb kurang makan and makan pun makanan pantang. Selasa lepas saya gugur di week 7, utk kali kedua saya gugur. gugur kLi ni beza sikit yang sebelumnya. lepas gugur breast saya msih sakit and sengal2 jugak, hari ke-5 bru rasa okey, perut cepat masuk angin, darah ketul masih keluar di hari kedua. Lagi satu, badan saya memang tak tahan dengan lada hitam lepas gugur, saya dah permah jadi di gugur pertama, saya jadi mcm cirit birit,kalau makan lada hitam lebih, tapi hari ke 4 saya pantang kali ni, saya dah kena buasir, sampai kena ambil ubat di klinik, sebelum ni tak pernah kena.Saya ada baca satu artikel dia kata kalau gugur 2 minggu pertama tu cuba elakkan lada hitam. Tapi kali ni dalam pantang selera makan saya membuak pulak, lepas makan, nk makan. Nasib mak ada, mak saya control. hehe
Baca lagi