20 Balas

duphaston ni utk hormon kita je. bagi kuatkan rahim. Dia takda kesan sampingan pada baby pun bukan macam ubat2 sakit yg lain tu. ada kes2 lain smpai mscarriage tu tak smestinya sbb ubat ni. First kenapa dia makan ubat ni? maksudnya dia ada masalah rahim dari awal, tak smua makan ubat ni terus okay , sbb bgantung dgn condition rahim dia masa tu juga. lepas makn ubat ni bnyakkan rehat, jangan lepas makan ubat ni ingatkan rahim dah kuat terus buat kerja berat pgi buat mcm2 aktiviti dkat luar tu. Ubat ni sbnrnya bagus, bagi kuat rahimkan. Boleh scroll2 dkat TAP ni , ramai ibu2 yg makan ubat duphaston sbb ada masalah dari awal. Ada yg berjaya , ada yg tidak. Kalau doc advice awk makan ubat tu, makn je la dlu.jangan nnti dah lambat sngat baru nak makan, awk pun akan slahkan ubat tu jugak nanti 😅

Duphaston adalah sejenis ubat yang mengandungi hormon progesteron yang biasanya digunakan dalam rawatan keguguran berulang atau masalah kehamilan yang lain. Pengambilan Duphaston sepatutnya hanya di bawah arahan doktor untuk memastikan keselamatan dan kesan yang baik terhadap kehamilan. Kesan sampingan dan risiko pengambilan Duphaston boleh berbeza bagi setiap individu. Adalah penting untuk berunding dengan pakar kesihatan anda mengenai kesesuaian pengambilan Duphaston dalam kes anda. Rujuk kepada pakar kesihatan yang anda percayai untuk mendapatkan nasihat terbaik berkenaan keadaan khas anda. Menjaga kesihatan anda dan anak adalah yang utama. Sumber: https://www.babycenter.com.my/x536367/adakah-duphaston-boleh-menghalang-keguguran#ixzz77Fz0kgnp https://invl.io/cll7hzz

sy ade history keguguran 2kali. kali ke3 pregnant twin.. dr 7w smpi skrg sy mkn ubat duphaston. mkn awk, utk bantu cergah kguguran jgk tu.. consume bpe biji n mcmne folow arahan doktor. sbb stiap org xsama depend situasi psakit.. dulu sy dh bleeding bru start mkn, tp kandungan xsurvive jgk.. bile pregnancy ke3 sy rase btuah pulak bile awal lg doc dh kasi ubat.. dulu sy mkn bile dh bleeding, bile dh bleeding ni ade org normal,ade org abnormal, ubat tu bantu kandungan kite survive. pd sy mkn awal sgt mbantu.. Skiranye baby xsurvive bkn punca duphaston, itu sbb mmg ade mslah pd janin kite. Jgn tlalu amik pduli kate2 org.. sbb kite akan jd overthinking. then ubat ni ubat tkawal, doc akan bg pd mereka yg betul² perlu shj. xsmua org bole mkn..

Sis ikut je apa doc suggestkan. Sbb doc tau apa yg tbaik utk sis. Sy pun mula2 preggy bleeding 3x and doc diagnose threatened miscarriage. Doc bagi ubat duphaston utk stopkan bleeding and kuatkan rahim. Alhamdulillah sy manage smpai week 27 skg. And hopefully smpai bersalin nnti inshaallah aamiin. Sy doakan ubat tu serasi dgn sis. Jgn terlalu baca pgalaman org sbb badan kita lain2. Nnti sis bnyk fikir and stress. Sis jaga je kandungan elok2 jgn buat kerja berat bnykkan bedrest. Semoga semua baik2 saja.

Saya pun ambik duphaston masa 8week sampai kandungan dlm 16week lebih mcm tu. Ada history keguguran 2x, duphaston ni doktor cakap boleh stopkan bleeding keluar tapi kalau mmg baby tu dah tak sihat, umur dia pun kecik 2-3 week yang sepatutnya mmg takkan dapat survice even makan duphaston dari awal pun. Sis teruskan makan duphaston & doa banyak2 mintak mak ayah doakan kesihatan kandungan juga ye. Moga Allah mudahkan urusan sis 🤲🏻✨

Tp stakat ni sy takde bleeding lg sis cek pangkal rahim semua normal. Tu yg jd was2

TapFluencer

duphaston tu ubat hormon, and salah satu function dia adalah untuk tebalkan dinding rahim supaya janin boleh melekap kuat. better ikut cakap doktor awak kalau dia tahu untuk apa specifically dia prescribe ubat tu. kes yg lain2 kat tt/fb tu, unless sis tahu apa detail kes dia, tak boleh kata duphaston tu yg buat dia jadi mcm tu.

Ok baik sis tq pendapat..betul juga ape sis kata tu

Saya pernah ambik yang seakan duphaston iaitu utrogestan Doktor klinik swasta yang bagi sebab saya ada history gugur dan ada spotting di awal kehamilan Saya ambik sampai 20 week je Doktor pakar pun ok je bila saya kata saya makan utrogestan tu cuma dia suruh stop la bila 20week huhu Alhamdulillah saya dah selamat bersalin januari lalu 😊😊😊

Alhamdulillah tahniah mummy. Doakan sy juga ye

saya pernah amik masa kandungan ketiga. sebab kandungan pertama dan kandungan kedua tak menjadi. jadi kandungan ketiga doctor suggest kan amik duphaston. bila ambil sy kena bedrest je. letih makan ubat tu. haha mungkin kena banyakkan rehat je. makan 2 minggu saja. lepastu stop. alhamdulillah sekarang dah 6 bulan

haah ada masa week 7 cmtu. tak ingat. tapi makan ubat 2 minggu je. masa makan tu. selang seli spotting. tapi sy monitor pakai pantyliner. pergi kecemasan doctor kata takda apa. sy amik ubat pun dari klinik swasta

Apa yang doctor bagi tu amik je. Saya pun sebelum ni gugur dua kali. Even pregnancy ketiga ni pun dapat duphaston makan sampai 20w. Alhamdullilah baby dah 31w dah sekarang. Makan banyak telur, daging, sayur and so on untuk perkembangan baby. Folic acid dengan iron tablet jangan pernah skip.

Masa first 2 yang gugur ada bleeding. Masa 3rd pregnancy takde bleeding. Tapi doc tetap bagi sebab ada history gugur. Dan sepanjang makan memang takde bleeding. Doc bagi ubat bersebab. So makan je. Lagipun duphston cuma boleh makan sampai max 20w sahaja. Kalau after 21w ada bleeding cuma boleh bedrest je.

I had threatened miscarriage on 10th week, but baby got heart heart . so dr have me to take till 18th week. once I started to take the medication.bleeding stopped. now I'm 35weeks pregnant.but my advice is pls don't carry any weight things.So stress yourself.its harm for your bby. you too.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan