Berat tidak naik.
Hai mommies semuaa, nak tanya, saya dh masuk 4 bulan iaitu 16 minggu tpi berat saya tak naik naik. Maintain jer. Adakah ini normal? Selera makan saya kurang and saya still loya walaupun dh 4 bulan. Risau juga berat tak naik. #seriusnanya #firstmom

Normal je sis. Maybe sbb alahan (takde selera mkan yg buatkan berat badan turun). Mcm saya, masa mula-2 bukak buku pink berat 75kg. Lepastu masa trimester pertama alahan (tak lalu mkan) sampai lah nak masuk trimester ketiga baru ada selera mkan & boleh mkan mcm biasa. Sebelum nak sampai ke trimester ketiga tu, Allah seksanya. Nak mkan tapi tak lalu, bila mkan cepat kenyang tapi lepastu lapar balik, mkan pun sikit-2 je. Bila scan, dr tngok & check baby ok alhamdulillah. Lagi satu masa pregnant, nasi dengan saya ibarat musuh ketat 🤣. Apa yg saya suka mkan masa sebelum pregnant tak boleh nak telan 🥴. Kadang makanan yg beli pun saya kena share dengan husband sbb saya mkan tak bnyk. Last-2 berat dia yg naik, berat saya makin turun. Bila timbang tak pernah-2 naik. Kejap 71 kejap 72 kejap 70 pastu timbang kat kk masa next appt tu terus jadi 69. Tak pasal-2 kena ambik darah sbb dr takut ada thyroid. Alhamdulillah result normal. Lagi satu saya tak mcm org pregnant yg lain ( yg ada mengidam/teringin nak mkan mcm-2). Kalau husband tanya nak mkan apa, saya asyik jawab ‘tak thu je’ 😆. Sampai member pun pening nak beli apa utk bini sbb itu tak mkan ini tak mkan. Skrg ni dah 34w ngam-2 dah boleh mkan mcm biasa. Syukur sangat. Baru-2 ni timbang kat kkkl (3/1), berat dah jadi 74kg. Sis jngn risau, setiap org tempoh alahan tak sama. Rezeki masing-2 (ada yg sampai lepas bersalin, ada yg takde alahan langsung, ada yg masa first trimester je, ada yg sampai second trimester). Apa-2 pun asalkan baby ok, itu dah memadai. Semoga nanti sis dapat selera mkan balik ye. Sama-2 kita doakan moga baby sihat selalu & dapat berkembang dengan baik.
Baca lagi



Preggers