Hai mommies. Saya nak mintak pendapat, sekarang saya 36 minggu. Dah semakin kerap sakit sana sini dan kalau boleh dikatakan setiap minggu ada mc sebab badan ni tak mampu dah. Saya pula bkerja di environment hospital, berjalan sana sini tanpa henti. Saya nak unpaid leave sebelum due saya 5/5/2023 ni tapi HR perlukan support document untuk saya unpaid. Doc yang saya follow up di swasta pun tak nak beri kerjasama. Saya betul2 tak larat dah. Ada sedikit nasihat untuk saya tak atau pengalaman yang macam saya ?