GDM at 5 months pregnancy

Hai mommies. Pagi ni dpt call drpd nurse bgthu yg sy ada kencing manis 😢 terus hilang mood pagi sy. Tp slh sy la sbb sebelum ni suka sgt minum air & mkn manis-manis. Ada ke tips atau petua utk hilangkan GDM semasa kehamilan ni? TQ #bantusharing #1stimemom #mommybuntu

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Gdm tak boleh dihilangkan sehingga bersalin tapi apa yang puan boleh buat, kawal pengambilan carbo dan gula supaya bacaan sentiasa pada tahap normal. Bila dah disahkan gdm, puan perlu lakukan bsp setiap 2 minggu utk tengok paras gula puan. Jika bacaan bsp normal sahaja sehingga akhir kehamilan, jadi tiada apa-apa masalah. Doc hanya akan pantau setiap 2 minggu sahaja. Tapi jika bacaan bsp tinggi utk beberapa kali, doc akan suruh cucuk insulin setiap hari sehingga bersalin. Jadi buat masa sekarang ni, puan jaga makan ya 😊 kurangkan makanan manis2. Saya pun pada awal kandungan lagi dah disahkan ada gdm, tapi alhamdulillah sampai sekarang dah nak masuk 7 bulan, bacaan bsp masih normal. Perkembangan baby pun okay mengikut usia kehamilan.

Baca lagi
5y ago

Sebelum minum air gula < 5.3 selepas < 7.8