darah tinggi

Hai mommies, pagi ni baru first day Bukak buku pink, sy dah 12 minggu, and nurse/doctor cek tekanan darah sy tinggi, Ada ke Cara untuk turunkan balik tekanan darah ni, sejujurnya sy takut Akan risikonya

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Chronic Hypertension. Selalunya Dr akan suruh kita check darah 3-5 hari berturut-turut di mana-mana klinik/farmasi. Kalau tinggi saja bacaan kena balik semula ke klinik antenatal & start ubat darah tinggi yang selamat diambil semasa hamil. Let your body manifest itself. Dah tahu tekanan darah tinggi jangan sembarangan ikut petua makan daun kari ke, minum jus penurun darah tinggi itu ini ke (tinggi gula sebenarnya karang kena Kencing Manis lagi). Amalkan tidur posisi mengiring ke kiri untuk bagi darah lancar ke janin. Tarik nafas dalam-dalam. Sebelum check tekanan darah tu make sure jangan makan minum, buat pergerakan seperti berdiri lama, berjalan-jalan 30 minit sebelum bacaan di ambil. Kena kosongkan pundi kencing juga sebelum ambil tekanan darah. Apa pun ikut saja saranan Dr & Nurse di klinik. Bila dah detect high blood pressure ni memang kerap appt di klinik, kerap check kencing kot-kot kencing ada protein. Leceh memang leceh tapi be positive & bersangka baik saja.

Baca lagi