hospital bersalin

Hai mommies! nak tnya ada mommies yg pernah bersalin dekat Hospital Pusrawi tak? if you dont mind bole share experience? and doctor mana yg awak pilih and why? thankyou so muchh in advanced 🥰😊

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Me🙋🏻‍♀️My gynae was Dr Asmah Yun. She was a nice person, loves to share informative knowledge dan tegas orangnya. Banyak yang saya dan suami belajar dengan Dr Asmah. Beliau seorang yang menitik beratkan pemakanan secara sihat atau pengambilan real food. Saya ada GDM on Diet Control. Beliau yang banyak memberi tunjuk ajar soal pemakanan, cara nak mengawal paras gula dan macam2 lagi info yang bermanfaat kami dapat. Plus Dr Asmah open for any discussion 👍👍 Dr Asmah availability (Isnin-Jumaat) - Isnin (2pm-4pm) - Jumaat (2.45pm-4pm) - Selasa, Rabu, Khamis (9.30am-12pm) *Ni masa tahun 2021. Saya tak pasti jadual Dr Asmah yang terkini. Puan boleh bertanyakan pada admin nanti. Saya stay 3H2M. Apa yang saya boleh simpulkan, it was such an amazing experience. Sampai sekarang saya masih teringat lagi moment bersalin tu. 🤭 Stress free and enjoyable. Dalam wad O&G tiada lelaki. Lelaki yang ada hanya para suami. Doktor O&G, nurse, staff, cleaner sehingga ke penghantar makanan, semuanya wanita. Oh yang paling penting, Hospital Pusrawi merupakan salah satu hospital rakan bayi. Jika Puan ada masalah penyusuan jangan segan dan teragak-agak untuk minta bantuan lactation nurse di sana. 😊 Harap perkongsian saya membantu Puan🌹 **Edited: Bersalin tahun 2022

Baca lagi