Apa benda ni
Hai mommies. First saya minta maaf sebab gambar bawah ni agak menjijikkan, gambar cairan yg keluar dari faraj saya. Saya cuma nak tanya mommies kat sini kot2 ada yg pernah jadi macam saya jugak sebelum saya proceed jumpa dr. Baby saya dah nak masuk 4 bulan tau, tapi benda ni berlarutan since saya dalam pantang lagi. Fyi, benda warna hijau tu masa saya dlm pantang lagi dah ada, mula2 dia warna kuning2 cair pastu tukar jadi warna kehijauan macam ni. Yg nak gelap2 tu pulak baru jadi selepas 2 hari saya makan pil perancang, Noriday. Sebelum ni takde yg ni, yg hijau2 tu je. Saya ada tanya nurse kat klinik desa, dorang kata maybe ada jangkitan kuman dan sarankan saya pergi klinik untuk ambil sampel, cuma saya rasa malu lagi nak jumpa dr. Nak baca pendapat orang lain dulu. Btw, both benda ni tak berbau busuk tengik ke apa. Ada bau tapi tak busuk. Gitulah yg saya boleh explain pun. Harap ada mommies sini yg boleh share kalau ada pengalaman yg sama macam ni. Saya minta maaf sekali lagi atas gambar di atas ya.