7 Balas
Banyakkan makanan padat nutrisi untuk naikkan berat badan anak. Kita taknak anak berlebihan berat badan hanya sebab dari gula dan transfat. Banyakkan real food untuk anak-anak, dan bukan makanan ultra processed. Supaya kita dapat naikkan berat badan yang berkualiti pada anak. 3 sumber utama yang kita boleh bagi anak makan, untuk naikkan berat badan mereka. 1. Karbohidrat 2. Protein 3. Lemak baik Penting untuk kita cukupkan keperluan anak dari 3 sumber ini, untuk dapatkan berat badan yang ideal buat anak. Jika kurang, berat badan tak akan naik. Jika lebih, berat badan akan bertambah. Berpada, walaupun ianya real food, tetap ada limit untuk anak kita makan. Saya bagi contoh makanan untuk tambah berat badan, yang ada di rumah saya. Banyak lagi pilihan yang ada di pasaraya, boleh cari ikut kesesuaian keluarga kita. Karbohidrat - nasi, pasta, ubi Protein - ikan, ayam, daging, kacang, telur Lemak baik - cheese, avocado, butter, minyak sapi, kacang Cuba cari makanan di atas, yang kurang diproses. Kredit : Mazliana Mazlan
mmg demand baby awak setiap 1jam sekali ka? atau awak yg set setiap 1jam wajib bagi susu? polar tido baby mcm mana? okay x? pemakanan baby awak lengkap tak? carbo+protein+fibre boleh cuba tambah susu full cream, santan, cheese dlm masakan awak utk baby.
Lebih kan protein dalam makanan anak. Sebelum susu , pastikan anak dah makan nasi dulu baru bagi susu. Kadang dah minum susu dia dah tak nak makan.
Sarapan pagi jgn skip. Bole add 2 protien dlm 1 meal. Snack selain buah ganti dgn dessert, kuih, atau protien mcm ayam goreng, tauhu & tempe.
Firstly kne tukar masa mnyusu.. sejam 3 oz baby x sempat lapar & kurg mkn nant.. sblum2 nie mkn ok ke? tyme 6-11 bln?
Skrg anak sis dh brape bulan.. Dh okey ke?
Lebihkan protein🥰