37weeks dan Baby kecik

Hai mommies. Ada tak macam saya. First baby. Hari ni saya masuk 38weeks. Minggu lepas jumpa pakar, baby kecik 2.3kg sahaja at 37weeks 4 days. Doc plan induce 39weeks kalau baby masih tak membesar. Sebelum ni saya checkup okay je tapi masuk kandungan 8 bulan hari tu saya puasa ganti 7 hari + sambung puasa wajib ramadhan 8 hari, tiba2 doktor scan cakap perut baby kecik daripada usia. Sejak drpd tu saya dah tak berani nak puasa lagi. And sampai skrg follow up checkup dengan pakar. Ada yang pengalaman macam saya tak? Macam mana nak naikkan berat baby jadi normal balik?

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sya sblom ni 36week doc ckp saiz perot baby kcil. sbulan xpuasa n sya bnyak mkn mknan manis shja. bila check saiz perot ok. saiz kaki plk kcil bila masuk 37week.. hmmm blurr dh nk buat mcm mna.. 6hb ni kna jmpa pakar

2y ago

checkup swata dah buat msa 34week smua ok xdak msalah. naik ja smntr3 yg asik jmpa pkr sbb saiz bby. xpla enjoy jla smpai bby kluar. dh hjung2 ni 😂😂