Ketuat Pada Bibir Vagina

Hai momies.. siapa pernah ada masalah ketuat pada bibir vagina ? boleh shre tak mcm mana nak buat? sy buntu dh tak tau nk buat mcm mana??

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Dicadangkan untuk Mommy rujuk dengan Doktor terlebih dahulu untuk memastikan ianya sahih ketuat. Jika ya, rawatan alternatif selain memakan atau sapu ubat daripada doktor, bolehlah menggunakan Apple Cider Vinegar – Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal. Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan. Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya. Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung daripada tindak balas cuka. Untuk makluman Mommy, Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali. Sapu vaseline di sekeliling ketuat (jangan terkena pada ketuat tersebut). Basahkan kapas dengan cuka, letak atas ketuat dan plaster. Biarkan semalaman. Ketuat yang tidak disapu vaseline, kulit yang sihat akan turut mengecut apabila terkena cuka. Jadi pastikan Mommy menyapu vaseline dikeliling kulit ketuat sebelum meletakkan cuka. Hari ketiga: Cuka sudah menembusi lapisan kulit mati pada ketuat dan mula bertindak pada akar. Pada hari pertama dan kedua tidak akan rasa apa-apa sebab cuka memakan sel kulit mati. Pada hari ketiga, bila akar sudah ditembusi akan rasa sedikit pedih. Kelihatan akar ketuat menjadi hitam. ini bermaksud sel-sel ketuat mula mati dimakan asid. Apabila ketuat dah jadi menjadi hitam bermaksudnya sel ketuat dah mati, boleh korek sikit demi sedikit untuk menghilangkannya. Semoga berjaya ya Mommy. Agar diberi kesembuhan segera.

Baca lagi
4y ago

Maaf Mommy... Tak selamat guna kaedah nie kalau di alat kelamin. Sekiranya ketuat di jari inshaa Allah boleh guna ikhtiar nie.

VIP Member

Ceduk kat fb.. blom buat lagi.. tapi nk try buat kat tapak kaki ank.. dua bahan tu ditumbuk halus.. sampai jadi mcam inai.. bubuh kat tmpat ketuat.. boleh tampal n balut guna seletip je.. proses ulang sampai 3 hari.. mudah2an ketuat ilang..

Post reply image