ANaK 6 BLN TAK NAK MAKAN

hai momies sape kat sini aada ank yg xnk makan mcm anak sy dh 6bln bg nestum bubur sume xnak makan #bantusharing #pleasehelp #ingintahu

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

6 bulan tu fasa baru nk perkenalkan makan . Ada yg ajar if nk elak anak picky eater start beberapa hari dgn bubur kosong sahaja . awal 6 bulan ni 1 hari sekali bg makan pon dh cukop sb baru nk introduce dia makanan . So dlm 4-7hari mcm tu bg bubur kosong . Then weeks sterusnya boleh tambah sayuran

kalau ada fb boleh follow Group Happy baby food Malaysia (HBFM).. anak baru 6bulan mmg mula2 macam tu kena keep offer, sentiasa bagi.. dia baru nak belajar makan , yg penting jgn terlalu memaksa takut trauma xnak makan..

Saya mulakan dgn bubur kosong titis minyak masak. Kalau sarapan saya bgai instant oat susu fm. Lunch dia dah mula makan bubur nasi berlauk. Petang dia makan snack buah/mashed potato. Malam kekal minum susu macam biasa.

12mo ago

Kena sabar sis. Baby dah biasa minum susu. Kena rajin demo dgn dia, kunyah2. Tarik minat dia.

6 bln baby mmg tak berapa nak makan pun. 1-3 suap pun dah ok cukup. baby tak biasa lagi. teruskan je cuba kenalkn makanan baru lain. jgn bagi nestum, bagi la makanan sebenar.

Minum susu ok tak ? Try menu lain2 ataupun start bg buah2 naga ka labu blend bg cair , elok utk baby dlm masa sma dia bg khasiat Elok juga bg buah ni boleh juga tmbh selera mkn

12mo ago

susu dia ok byk minum susu dr dia mkn

Boleh share apa menu anak? Taknak makan atau tak makan langsung? Sebab 2-3 suap dikira baby makan untuk permulaan umur 6 bulan.

12mo ago

sy just bg bubur kosong dulu

follow Happy Baby Food Malaysia. nestum kurang bagus untuk anak ye. lagipun baru 6bulan. permulaan dan percubaan.

6 bulan fasa pengenalan je..utk bg signal dkt baby yg dia bleh kenyang selain mnum susu..

Kalau dia x nk mkn lagi, xpe. Jangan push.