Ini dari kisah sy. Sy Baru2 ni stop bf anak. Tapi, anak da 3 tahun.. Anak sudah mula faham dan dengar .. Tapi, Kdg awal2 tu ada juga merengek minta. Sy balik2 Ingatkan dah besar, boleh minum susu guna gelas saja.. Hati kena kuat bila nampak anak merengek, nangis. Skrg sudah sebulan cerai susu pun, kadang pandai mencari. Sayu juga hati bila nampak. Yalah, dulu bila tidur, sakit atau bermanja, selalu cari susu badan. Tapi, memang bertekad bf anak sampai 2 tahun saja. Eh, x sampai hati. Jadi 3 tahun. Lagi pun, sy perasan badan sy, bila anak makin besar, jadi lemah bila anak selalu bf. Dengan migrain dan sakit kepala lagi. Syukur lepas anak cerai susu, sy x ada rasa sakit @bengkak susu. 2 Minggu pertama, rasa macam payudara tegang sahaja tapi sekarang seperti biasa. Susu badan akan berhenti sendiri bila tiada demand daripada anak. Untuk pengganti susu badan pula, saya cadangkan susu tepung FERNLEAF fullcream. Sebab yang ni kurang manis. Sy bancuh dalam gelas 2 atau 3 kali sehari..Kadang bagi susu fullcream dalam kotak tu. Bagi Yoghurt pun boleh. Sy selalu bagi anak calci yum fernleaf.. Sehari Sekali sahaja untuk yoghurt. Kalau untuk anak yg x makan sayur mcm anak sy, sesuai ni untuk bagi poop lancar😊 Boleh Google juga makanan pengganti susu yg lain😊
Baca lagi