18 Balas

Dilema ini la sy rasa skrg...ada kenduri di 1 negeri yg berjarak 7-8 jam dr tpt sy..Sy TTC 3 tahun.Ini kehamilan kdua utk anak sulung..Mak dan ayah sy larang saya pergi, suami mcm ok2 je (macam mengharap sy dpt join)..tp naluri sy, sy mmg xnk travel jauh2..Bahaya ke xbahaya ke, lebih baik sy dudk rumah (less risk).Benda nk dapat hamil ini bukan mudah utk sy.Jadi, tak apa lah..Korban shaja.Lgpun, apa2 risiko yg menanggung tu kita..Ikut kata hati la...mmg ada org travel, panjat bukit sana sini, buat water rafting tak de masalah even time preggy.Tapi kita ada pilihan...Jadi buatlah pilihan yg paling selamat dan dirasakan terbaik..Istikharah kalau masih tak dpt rasa kata hati. :)

haaa tanya doctor..sy pn tnya doc n nurse..dan bila dpt jwpn 'better jangan' , that's it. :)

Saya 8 minggu balik kg di sabah.dari kota bahru.Dari rumah ke airport 1 jam.flight kb-kk 2jam30minit.kk ke kg 1jam45minit.Risau juga sebab banyak duduk lama & berjalan jarak jauh di airport..pergi dan balik.Syukurlah baik2 saja.dah bagitau doktor sebelum balik,doktor cakap ok ja.Cuma kalau ada bleeding atau sakit perut terus ke hospital sebab kandungan masih baru lagi.sangat berisiko.Paling penting jangan angkat benda berat & Buku pink sentiasa bawa ke mana-mana.Buat sedikit senaman ringan untuk lancarkan aliran darah semasa duduk lama tu.Pakai pakaian longgar & selesa.Perut jangan biarkan kosong nanti masuk angin.bawa snek untuk kudapan😊

In shaa Allah terimekasih sudi berkongsi pandangan ❤️ Kne dpatkan nasihat doktor dulu la ye. Risau sgt awal2 kehamilan ni.

Pengalaman sy.. Travel dr shah alam ke terengganu naik kereta, sy keguguran. Mungkin badan sy tak kuat, masa tu kandungan 8 minggu.tp alhamdulillah selepas 2 bulan sy pregnant lg..dan nak pergi mana2 suami akan letak toto di seat saya, sepanjang perjalanan mmg akan berbaring je. Alhamdulillah sekarang dah 32 minggu. Apa apa pun kalau sis naik kereta.. Letak la bantal kat punggung.. Dan kalau boleh banyak kan berhenti.. Dan elakkan terlanggar apa apa yg boleh buatkan kereta begegar. Selebihnya sis tawakkal minta Allah selamat kan perjalanan pergi dan balik 🥰in shaa Allah tak ada apa apa. Jgn fikirkan sgt..

In shaa Allah Aamiin2. Terimekasih tuk kata2 positif ❤️

Saya december 2022 haritu travel utk keje ke terengganu dari KL. Week 36. Balik je dari Terengganu week 37 dah kene bersalin 😆 Tp bukan sbb long distance travel. Sebab air ketuban mmg dh kurang Rasanya kalau dah 3rd trimester kalau doktor kata ok, boleh je travel long distance. Dapatkan nasihat doktor. The best naik kereta sbb senang nk cari hospital in case of anything. Doktor pon kata perjalanan darat lg bagus sbb mane2 exit mesti ada hospital insyaAllah

Ha minggu lepas dah pergi scan 6w3d. Dah bunyi degupan jantung. Tanya nasihat doktor untuk perjalanan jauh, doktor kate kalau dah dgr degup jantung ok dh, boleh je. Cuma dia suruh tambah dos ubat kuat rahim time nkg jalan jauh tu.

sebaiknya dapatkan nasihat doc dulu ya sis. mcm saya masa awal2 pregnant 5-6w, mmg ada spotting. jadi doc mmg tak bagi travel jauh, especially bila jem teruk dan kita duduk lama sgt dalam kereta. sbb setiap kandungan berbeza kan, kita taktau diri dan baby kita mcm mana. if doc benarkan, boleh ambil precaution lapik bantal bawah punggung, setiap 1-2 jam berhenti rehat dan sis jalan sikit luruskan pinggang ya. moga dipermudahkan urusan sis!🫰🏻

In shaa Allah terimekasih bg nasihat dan pandangan. In shaa Allah mmg niat nakjumpe doktor dulu dpatkan nasihat doktor. Risau jgk sbb susah nak lekat. 3 tahun tnggu yg ni, bby first. 🥲

Boleh. Even kita bergerak/berjalan pun masih ada gegaran. Tapi sebab baby kita ni dilindungi dengan air, dia x rasa pun gegaran semua ni. So insyallah okay. Naik flight pun ok. Awak kena hati2 jika ada pendarahan sahaja, sebab yang tu memang x normal. Apa pun kalau risau sangat, boleh pergi consult dengan doctor sebelum buat perjalanan supaya hati pun tenang. Kalau tanya dekat sini, mcm2 jawapan yang awak akan dapat😆

awal kandungan sy tak ada pengalaman,sbb msa sy mengandung ank first sy alahan teruk sngt..tpi pengalaman kandungan 8bulan ank ke2 balik kelantan raya cina bru ni..11 jam balik kelntan wlaupun tak jem,yg jem sikit dkt tol gombak jek...bnyak bhnti kerap nak kencing,lapar sakit pingang kaki bengkak,tnda2 sakit mcm nak branak...tnda kasih syg si kecik..😅😅

Saya pregnant 7 minggu, dapat tahu 3 hari sebelum ke umrah. Saya doa banyak banyak selama di Mekah dan Madinah. Alhamdulillah, berjalan jauh, tawaf, saie semua okay. Cuma penat sikit. Tapi tak ada any bleeding atau sakit kat mana mana. Yang penting banyak berdoa semoga kita dan baby sihat. 😊 Now saya dah 32week, dah mula risau hehe

boleh , tpi jgn dduk trlalu lama skali skala kne gerak gerak kan bdan skit /mnta suami bhnti bhnti di rnr . Mcm sy pnah memula naik bas smpi 4jam lebih blik kg , mmg keras je dduk . esoknya sakit urat tkboleh bjalan , 2/3 hri berurut bagi hilang bisa . memang serik lepastu sy da tau klu pjalanan jauh yg kne dduk lama mmg bhati hati

Ohhh kne kerap berhenti luruskan pinggang ya. Okay terimekasih ❤️

sy pon masa around 6-7 minggu (taktahu preggy) jalan dr jb ke cameron highland + panjat tangga kat valley tea lagi sis 😌 al-hamdulillah nasib baik tak jdi apa², depands pada badan masing² juga lah sis. boleh je jalan jauh cuma kne kerap berhenti utk luruskan pinggang + alert kalau rasa tak selesa cpt² inform husb okay 😇

Ok sis. Terimekasih atas pandangan dan nasihat ❤️ In shaa Allah semoga baik2 saje semua

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan