Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Kesihatan Pelvik Wanita! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sangat lazin di kalangan wanita. Aleeza Hanee Bt Alyakallam adalah Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Khamis, 12 Mac 2020 jam 11 pagi Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan kesihatan pelvik wanita sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepqs pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab. Terima kasih. #SesiTanyaPakar Sesi Tanya Pakar

Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum.. Saya ada pertanyaan. 1)berkenaan keputihan. -Doc, saya pregnant 36 weeks. Normal ke doc kalau keputihan tu kadang2 warna putih, Kadang2 warna kuning, dan Kadang2 lendir putih? Tapi just warna je la yang berubah2.. Tak ada rasa gatal2 dan bau2 busuk. 2)Prolapse. -Doc, ini pregnant saya yg ke 2 dan sekarang saya 36 weeks. Untuk pregnant kali ni, sy disahkan ada uterus prolapse stage 1 dan sekarang sy menggunakan 'ring' since 14 weeks pregnancy. Umm, persoalan saya.. Adakah saya boleh bersalin normal? Apakah risiko bersalin normal?

Baca lagi
6y ago

Waalaikumussalam, Hi Puan 1. Peningkatan cecair keputihan disebabkan perubahan hormon memang akan berlaku sepanjang tempoh kehamilan. Jika tidak gatal dan tak berbau ia masih normal. Putih dan kuning juga masih dikira normal. 2. Untuk makluman puan, kelahiran secara normal memerlukan 'pushing effort' dimana puan perlu meneran untuk mengeluarkan bayi. Komplikasi yang ada ketika ini adalah, peneranan yang kuat akan menyebabkan trauma kepada otot lantai pelvis dan juga prolapse/tombong puan. Puan boleh dapatkan nasihat dan konsultasi daripada Dr O&G puan untuk dapatkan cara terbaik untuk melahirkan sama ada C-sec atau secara normal.