Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Kesihatan Pelvik Wanita! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sangat lazin di kalangan wanita. Aleeza Hanee Bt Alyakallam adalah Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Khamis, 12 Mac 2020 jam 11 pagi Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan kesihatan pelvik wanita sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepqs pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab. Terima kasih. #SesiTanyaPakar Sesi Tanya Pakar

Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Salam doc....sy mngandung 34weeks...sy disahkan doc mghidap kerenggangan tulang pelvik...stiap mlm skit smpai kdg2 x boleh nk angkat kaki...nk berjln pun susah...ada x kaedah utk mngurangkan kesakitan...kerana doc hnya bekalkan sy ubt tramadol dn pcm utk mgurangkan ksakitan stiap kli msk wad...dan adakah sy mampu bersalin normal atau cezer sperti yg disarankan oleh doc...ini kerana doc memberitahu bsr kmgkinan risiko nya selepas bersalin ada yg lagsung x boleh berjalan...mohon pandagan dri doc...

Baca lagi
6y ago

Hi Puan, Untuk masalah keregangan tulang pelvik, saya sangat sarankan untuk puan dapatkan surat rujukan daripada Dr puan untuk dapatkan rawatan selanjutnya di bahagian fisioterapi. Di bahagian ini puan akan diberikan rawatan untuk kurangkan kesakitan melalui teknik manual terapi, senaman kekuatan dan puan juga akan diajar beberapa senaman yang boleh dilakukan di rumah.