Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Kesihatan Pelvik Wanita! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sangat lazin di kalangan wanita. Aleeza Hanee Bt Alyakallam adalah Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Khamis, 12 Mac 2020 jam 11 pagi Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan kesihatan pelvik wanita sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepqs pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab. Terima kasih. #SesiTanyaPakar Sesi Tanya Pakar

Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum doktor, saya ada soalan. Sebelum mengandung saya ada buat fisioterapi sebab saya ada sakit belakang (saya pernah jatuh terhantuk dekat tulang belakang bawah, makin lama makin cepat sakit belakang sampai sandar, baring, duduk semua kejap je dah sakit belakang sangat), orang yang buat fisio tu cakap tulang belakang saya area bahu macam senget sikit dia ada suruh x-ray kalau nak kepastian tapi belum sempat buat x-ray lagi dah tahu mengandung. Nanti akan ada effect apa apa tak semasa dan selepas bersalin ?

Baca lagi
6y ago

Baiklah, terima kasih doktor atas penerangan.