Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini, anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Perkembangan Awal Psikologikal Kanak-Kanak & Bayi kepada salah seorang Ahli Psikologi kami. Khor Mei Mei merupakan Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum yang akan aktif berinteraksi dengan anda di aplikasi. Tujukan soalan anda kepada Ahli Psikologi kami di ruangan komen di bawah. Pakar kami akan menjawab semua soalan anda pada hari Sabtu 11 April 2020, pada jam 3 hingga 5 petang. Pastikan soalan hanya berkaitan dengan Perkembangan Awal Kanak-Kanak & Bayi . Soalan yang tidak berkenaan akan dibuang dan pertanyaan selepas waktu yang ditetapkan berkemungkinan besar tidak akan dijawab.

Sesi Tanya Pakar Bersama Khor Mei Mei, Ahli Psikologi Klinikal & Penasihat Kurikulum.
58 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doktor, anak saya bakal masuk 11 bulan 3 hari lagi. Anak ya sekarang susah sikit bab nak makan. selalu 3-5 suap je dia akan makan. saya dah cuba macam2 jenis makanan. dan dia jugak sangat aktif sekarang. tapi anak saya kuat minum susu. Akan ada masalah pada perkembangan anak saya ke kalau berlarutan macam ni? terima kasih

Baca lagi
6y ago

Hi Solehah Shamsul. Perkenalan pelbagai jenis makanan kpd bayi pada awal boleh membantu bayi anda utk mencuba pelbagai jenis makanan. Meraka juga akan menjadi x cerewet bila membesar. Anda juga boleh cuba tips ni, iatu: melakukan eksperimen pelbagai jenis tekstur makanan, seperti mimberi makanan yg solid sebelum mimberi susu dan juga “finger food” dan sebagainya. kesabaran dan ketabahan amatlah penting dlm mempengaruhi anak anda makan