Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai BABYWEARING! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan mengenainya. Mei Theng adalah Pakar Perunding Bayi Bertauliah dari The School of Babywearing UK yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 22 November 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan. Nantikan artikel pakar oleh Mei Theng dan giveaway hebat pada hari Isnin, 25 November 2019!

Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Bolehkah newborn guna ssc carrier? Adakah selamat bawah setahun dikendong menghadap luar?

6y ago

1) Boleh asalkan bayi mencapai berat minima SSC untuk SSC yang direka dengan adjustable body panel. Berat minima biasanya ialah 3.2kg. Ada SSC yang mesti digunakan dengan infant insert untuk newborn sehingga bayi cukuo besar - sila pastikan dulu. 2) Untuk posisi front facing out (FFO), pastikan SSC yang dibeli menyokong posisi ini. Pastikan SSC telah disediakan untuk FFO - rujuk manual. Pastikan pelvic tuck dibuat untuk memastikan M-position semasa FFO. Pastikan bayi sudah mempunyai kawalan kepala dan leher yang kukuh (5-6 bulan) dan cukup tinggi supaya dagunya berada di atas body panel. Hadkan sesi FFO ke maksima 30 minit - mungkin pendek jika bayi menunjuk tanda overstimulation, letih atau mengantuk. Tidak boleh membiarkan bayi tidur dalam posisi FFO.