Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai BABYWEARING! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan mengenainya. Mei Theng adalah Pakar Perunding Bayi Bertauliah dari The School of Babywearing UK yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 22 November 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan. Nantikan artikel pakar oleh Mei Theng dan giveaway hebat pada hari Isnin, 25 November 2019!

Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Material apa yg sesuai utk baby wearing ni sbb ada mom & dad yg cepat berpeluh takut baby tak selesa pula?

6y ago

Hi. Ini lebih susah sedikit sebab kita tinggal di Malaysia dan babywearing semacam senaman sebab kita mengguna tenaga untuk menggendong bayi. Pastikan pemakaian baju yang sesuai dengan cuaca dan tempat yang dikunjungi. Boleh guna baby carrier yang dibuat dengan fabrik cotton nipis, fabrik mesh atau fabrik linen supaya peluh bayi cepat kering.