Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)

Hai ibu yang dikasihi! Anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai BABYWEARING! Kami pasti anda mempunyai banyak soalan mengenainya. Mei Theng adalah Pakar Perunding Bayi Bertauliah dari The School of Babywearing UK yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan di ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab soalan anda pada petang Jumaat, 22 November 2019. Jadi, pastikan anda bertanya apa saja soalan berkaitan. Nantikan artikel pakar oleh Mei Theng dan giveaway hebat pada hari Isnin, 25 November 2019!

Sesi Tanya Pakar bersama Mei Theng (Perunding Babywearing)
49 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Baby wearing apa yang sesuai untuk angkat baby sambil menyusukan baby tanpa perlu keluarkan baby. Baby saya baru 1 bulan

6y ago

Hi. Semua jenis baby carrier dapat menyokong nursing in carrier seperti yang ditanya. Pastikan sudah memahami penggunaan baby carrier kamu dan breastfeeding sudah pun berjalan lancar sebelum mencuba nursing in carrier. Sebab bayi kamu hanya 1 bulan dan belum ada sokongan kepala dan leher yang kukuh, kamu kena menyokong kepalanya semasa nursing in carrier dan perlu menyokong breast untuknya direct latch. Selepas siap menyusu, pastikan kamu membetulkan posisi bayi ke posisi yang betul.